ULAMA ISLAM YANG JARANG DIKENALI

ULAMA ISLAM YANG JARANG DIKENALI

SEKALIPUN ILMU DAN BUKU-BUKUNYA SANGAT HEBAT

Antaranya ialah Professor Dr. Mohamad Hamidullah.

Seorang alim yang hebat tapi jarang diketahui oleh Umat Islam. Beliau mendapat pengiktirafan dunia Barat  mengatasi semua level ilmiah biasa sehingga mendapat anugerah-anugerah yang sangat luarbiasa. Anugerah yang dimenangi hanya beberapa peribadi di sepanjang sejarah.

Itulah Mohamad Hamidullah. Beliau dilahirkan pada tahun 1908 M di Hyderabad, Selatan India.  Keturunannya adalah dari Bani Quraisy. Keluarganya pada masa dahulu telah berhijrah daripada Hijaz ke Bashrah kerana khawatir terhadap kekerasan Hajjaj bin Yusuf.  Seterusnya keluarga beliau dan keturunan beliau menetap di India pada kurun ke lapan hujrah.  Pada tahun 1934 beliau menyambung pelajaran ke Universiti Sorbonne, di Perancis. Di sana beliau mendapat ijazah kedoktoran (PhD) yang kedua dengan tesis bertajuk “Diplomasi Islam di zaman Nabi s.a.w dan zaman Khilafah Rasyidah”.  Ini adalah buku tulisan beliau yang paling terkenal.

Prof. Dr. Mohamad Hamidullah menguasai 22 bahasa dan bahasa terakhir yang beliau pelajari ialah bahasa Thailand ketika berusia 84 tahun.  Beliau tidak pernah berkahwin. Beliau mengarang 450 buku dalam berbagai bahasa.  Beliau alim dalam keseluruhan ilmu Islam bukan hanya dalam bidang pengkhususannya sahaja.

Telah masuk Islam ditangan beliau seramai 40,000 orang di Peranchis sepanjang setengah kurun beliau hidup di sana.

Beliaulah orang pertama yang mempastikan bahawa hadith Rasulullah s.a.w itu ditulis semenjak zaman Nabi s.a.w menerusi usaha tahqiq sahifah Hammam bin Munabbih. Dengan tahqiq ini menolak satu syubhah terkenal bahawa hadith Nabi s.a.w mulai ditulis setelah 100 tahun kewafatan Baginda s.a.w. Di sana banyak bukti-bukti lain tentang penulisan hadith itu sudah bermula dari zaman Nabi s.a.w seperti hadith “uktubuu” oleh Abi Shah dan hadith Abu Hurairah bahawa Abdullah bin ‘Amru  telah menulis hadith, juga hadith berkenaan sahifah Ali dan lain-lain lagi.

Ketika beliau memasuki “Darul Mushonnifin” salah sebuah institusi ilmiah terkemuka di India, beliau masuk berkaki ayam kerana malu kepada Rasulullah s.a.w kerana kitab-kitab sirah memenuhi ruangan Darul Mushonnifin.

Beliau membasuh bekas-bekas yang digunakan bersama dengan pelajar-pelajarnya sepanjang perjalananan mereka ke Peranchis sekalipun tahap keilmuwan beliau sangat tinggi pada waktu itu.

Beliau hidup dari tahun 1908 sehingga tahun 2002. Seprang yang sangat tinggi keilmuwannya. Seluruh hidupnya adalah menuntut ilmu.

Contoh-contoh kehidupan seperti beliau inilah berguguran banyak airmata.  Lebih banyak lagi airmata berjatuhan kerana tidak ada media yang memberikan perhatian dan liputan terhadap mereka. Cukuplah untuk mu media akhirat. . . memadai untuk mereka dikenali oleh makhluk langit. Beliau mengundur diri dari menerima Anugerah Malik Faisal sambil berkata:  “Saya tidak menulis apa yang telah saya tulis itu melainkan demi kerana Allah semata-mata, janganlah kalian merosakkan agama saya”

Prof. Dr. Mohamad Hamidullah hidup dalam usia yang panjang  dengan jiwa perjuangan, penuh dengan keilmuwan, hati  yang kering dan zuhud dari perkahwinan. Beliau meninggalkan dunia dibelakangnya. Bergelumang dengan ilmu, pendidikan dan berkhidmat untuk Islam.  Beliau adalah contoh seorang alim yang menguasai dengan ilmu yang sangat mendalam. Kelebihan ilmu yang dimilikinya itu tidak bertepi. Beliau seorang  ‘abid yang sangat zuhud. Pada beliau, dunia ini tidak menyamai apa-apa pun.  

Kerajaan Peranchis menawarkan kepadanya kewarganegaraan Peranchis, namun beliau enggan enerimanya kerana merasa cukup dengan kewarganegaraan Hyderabad.

Beliau meninggal dunia pada tahun 2002. Semoga Allah s.w.t merahmati jenazah beliau dan meluaskan tempat persemadian beliau. ��!��

Next Post:
This article was written by