Talha bin Abdul Rahman bin Auf

Talha bin Abdul Rahman bin Auf,
Quraisy yang terbaik pada zamannya. Pada suatu hari isterinya berkata kepadanya, “Saya tidak melihat mana-mana bangsa yang lebih parah daripada saudara-saudara kamu.”

Talha berkata: Kenapa begitu?

Jawab isterinya: Saya melihat mereka itu, ketika engkau kaya pasti mereka bersama-sama mu, dan ketika engkau miskin pasti mereka meninggalkan engkau . . . !

Jawab Talha kepada isterinya: Demi Allah. . . Ini adalah dari kemuliaan akhlak mereka ! Mereka datang kepada kita ketika kita mampu menghormati kedatangan mereka … dan mereka meninggalkan kita ketika kita tidak mampu menunaikan hak-hak mereka ”

Mengulas mengenai kisah ini Imam Mawardi berkata:

“Lihatlah bagaimana Talha dengan kemuliaan peribadinya telah mentafsirkan sebuah sikap yang buruk menjadi sesuatu yang baik dan menyatakan sikap tidak setia mereka itu sebagai sebuah kesetiaan. .

Demi Allah. . . ini menunjukkan bahawa berlapang dada (salamatu Sadr) adalah sebuah kerehatan di dunia dan sebuah kekayaan di akhirat. Ia menjadi salah satu sebab untuk memasuki Syurga.

Firman Allah s.w.t:
Al-Hijr : 47(وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَابِلِينَ(

Ertinya: “Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing”.

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *