Syeikh Kabilah Tuduh Mossad

Syeikh Kabilah Tuduh Mossad

Sheikh Aref Abu Aker, salah seorang ketua kabilah di utara Sinai, menuduh “Mossad” Israel berada di belakang serangan ke atas masjid Raudhah di bandar Bir al-Abed, yang terletak 40 kilometer dari El Arish di utara Sinai, dan membunuh 341 orang jemaah.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab bagi serangan ini, walaupun pendakwa raya Mesir menuduh “Tanzim Wilayah Sinai” yang pro Daesh bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Sheikh Aref Abu Aker dalam temu bual dengan saluran televisyen Mesir mengatakan “134 orang yang terbunuh dalam serangan itu adalah telah dipaksa keluar dari perkampungan Sheikh Zoweyd, mereka melarikan diri dari kematian kepada kematian, 18 mangsa adalah Rafah dan 11 lagi dari Al-Wadi”. Beliau tertanya-tanya “siapa yang boleh melakukan serangan seperti ini ? ”

Beliau kemudian menjawab sendiri, dengan berkata: “Tidak ada agama atau doktrin yang membolehkan tindakan itu, dan saya menuduh Mossad secara terang-terangan berada di belakang tindakan itu, mengapa kita takut berkata benar ? Tidak perlu untuk kita menutup kepala kita dengan debu, sebenarnya mereka mahu menggantikan penduduk Sinai dengan mengosongkan bandar-bandarnya sebagai persiapan untuk mereka memasukinya dengan mudah”.

Sumber: Ramallah.News ​​

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *