Siri Softskills Murabbi (9):  Memahami Dan Menganalisa Syakhsiah

Siri Softskills Murabbi (9): Memahami Dan Menganalisa Syakhsiah

• Memahami Syakhsiah Mutarabbi adalah sama seperti anda melihat tempat anda berpijak atau melihat tempat meletakkan biji benih yang anda ingin tanam. Itulah aspek kepentingannya !

• Jangan sesekali bergantung kepada firasat dan suka hati anda dalam memahami keperibadian orang yang bersama anda. Bahkan fokuskan kepada ukuran-ukuran yang telah diletakan dan perkara-perkara yang dapat dirasa, dilihat di dengar dan disentuh. Itulah ukuran yang tidak akan miring dengan cenderungnya perasaan.

• Sesetengah orang menderitai kekurangan ketara dalam bab hubungan sosial. Jangan kekurangan itu menghalang anda untuk masuk meneroka jenis manusia seperti ini. Ingatlah sentiasa bahawa buah yang baik itu selalu dilindungi oleh kulit yang tebal dan pahit.

• Manafaatkan pandangan-pandangan orang lain dan juga analisa-analisa mereka, tetapi harus juga berhati-hati sehingga anda tidak berada dibawah payungan pandangan mereka sahaja kerana kadangkala anda mampu melihat apa yang mereka tidak lihat.

• Latarbelakang terdahulu orang yang dinilai, kabilahnya, keluarganya atau kampungnya kadangkala banyak membantu anda dalam memahami keperibadiannya. Tapi, awas jangan sampai anda menjadikan itulah satu-satunya kerana setiap formula itu ada yang terkecuali – sebagaimana anda sedia maklum.

• Jangan menyangka bahawa anda mampu memahami orang lain hanya menerusi pertemuan-pertemua pertama anda kerana bersandarkan kemampuan anda yang brilian dalam mengenali orang lain ! Jangan lupa banyak penampilan-penampilan pertama ini akhirnya menjadi bahan gelak ketawa.

• Ramai orang yang selesa dengan pandangan-pandangan ringkas di dalam menganalisa peribadi, jangan jadi seperti mereka. Ingat maksud daripada makna perkataan analisa peribadi itu ialah penditilan dan menghalusi seluruh aspek peribadi tersebut.

• Jika anda yakin anda memang mampu menganalisa peribadi orang lain tanpa mendekati atau memantau mereka, maka sebenarnya anda salah. Pemburu yang mahir adalah yang memantau dan mendekati sasarannya sebelum melepaskan tembakannya.

• Biah luaran mutarabbi merupakan medan yang sangat penting untuk memahami situasi jiwanya. Biah luaran itu bermaksud rakan-rakan dan kecenderungannya dan juga kebiasaan-kebiasaan sosial yang mendominasi.

• Sesetengah orang memiliki kemampuan yang baik dalam menzahirkan kemahiran-kemahiran di dalam komunikasi dan seumpamanya. Letakkan pelajaran ini di dalam benak kepala anda sepanjang melakukan penilaian terhadap peribadi dan perjalanan hidup mutarabbi. Ingatlah jangan sampai anda tertipu dengan penampilan luaran berbanding pengaruh dalaman yang sebenarnya.

• Agar anda mampu memahami orang lain, maka hendaklah anda banyak mendengar daripada mereka berbanding anda bercakap kepada mereka. Jangan menjadi dari kalangan mereka yang menilai orang lain menerusi penilaian terhadap respon dan sambutan mereka terhadap apa yang dilemparkan kepada mereka sahaja.

• Bacakan perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh manusia itu adalah dari berbagai latarbelakang dan dimensi dirinya. Namun jangan berlebihan dengan pandangan ini sehingga anda menjadikan satu sikap sebagai ukuran menyeluruh untuk penilaian anda. Diri manusia lebih kronik daripada anda ingin memahaminya atau mengikatnya dengan hanya satu pendirian.

• Kadangkala program-program jamaie berjaya memunculkan atau menzahirkan sesetengah potensi dan bakat yang dimiliki orang lain, namun perlu diingat masih banyak aspek-aspek keperibadian tersembunyi dan hampir-hampir tidak kelihatan kecuali menerusi pergaulan secara peribadi dan menerusi program-program khas.

• Fahamilah diri anda terlebih dahulu sebelum anda dapat memahami diri orang lain.Berbagai jalan dan uslub berfikir yang boleh kita gunakan dan mempunyai kesan yang sangat besar terhadap terhadap keputusan yang kita buat terhadap orang-orang yang berada disekitar kita. Kegagalan kita mengubah uslub berfikir kita yang salah tidak kurang pentingnya untuk diberikan perhatian secara serius.

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *