Siri Softskills Murabbi (8):  Kestabilan Jiwa

Siri Softskills Murabbi (8): Kestabilan Jiwa

• Tidak memadai anda membekalkan Murabbi hanya dengan ilmu pengetahuan dan tingkahlaku yang baik, tetapi mesti juga dilakukan modifikasi keperibadiannya sehingga menjadi peribadi yang stabil kejiwaannya, jauh dari unsur-unsur yang pelik dan mengejut, jauh dari reaksi-reaksi spontan dan jauh dari Psychological twists yang kronik.

• Kestabilan jiwa bererti produktif dan kontributif. Sesungguhnya anda tidak mampu bercakap kepada akal manusia sedang perut-perut mereka kelaparan. Apalagi jika hati-hati mereka sedang hanyut dan tidak stabil.!

• Paling jelas yang mampu anda lakukan untuk meniupkan kestabilan jiwa ialah anda menyibukkan Mutarabbi dengan kesusahan-kesusahan orang dewasa, anda mengeluarkan Mutarabbi dari dunianya yang sempit yang dia lalui sekarang. Adapun jika anda berusaha merawat setiap kesulitan peribadi yang kecil-kecil dimilikinya, boleh jadi anda akan terpaksa meninggalkan kesulitan dan kesusahan besar yang anda sendiri sedang lalui !!

• Berusahalah agar anda mampu menyuburkan kethiqahan Mutarabbi pada dirinya sendiri. Itu adalah faktor sangat penting dalam usaha merealisasikan kestabilan jiwa. Kalau anda tidak mampu, ia tidak kalah pentingnya anda menumbuhkan kethiqahan Mutarabbi kepada diri anda, kerana sifat manusia itu ketika kehilangan sifat-sifat keperibadian yang boleh dia bergantung, maka mereka akan mencari pada peribadi-peribadi yang ada di sekitar mereka untuk menampung kehilangan tersebut.

• Kejiwaan Mutarabbi seumpama bekas atau kaca yang mana jika dipecahkan atau tidak stabil, maka semua yang diletakkan di dalamnya juga tidak akan stabil termasuk objektif-objektif tarbawiyah dan daawiyah.

• Tidak ada suatu yang lebih meresahkan Mutarabbi apabila dia tidak dapat menentukan siapa yang akan mentaujih dan mentarbiyah dirinya. Ketika itu dapat dijangkakan daripadanya apa-apa sahaja termasuk perkara pelik yang mengancam ketenangan ! Kestabilan dan keseimbangan Murabbi adalah karakter yang sangat-sangat penting. Semua yang negatif mahupun positif daripada Murabbi akan memberi rifleks kepada kestabilan Mutarabbi.

• Setiap kali anda mampu mengetuk, merubah dan meminda kejiwaan Mutarabbi maka ketika itulah ia dapat membantu anda dalam menyebarkan benih-benih yang anda semai di bumi sebelum ini. Jangan tertipu dengan banyaknya hasil-hasil luaran yang zahir pada Mutarabbi kerana apa-apa perubahan luaran yang tidak bersandar kepada perubahan dalaman sentiasa terdedah kepada keruntuhan pada bila-bila masa. . !!

• Tumpukan kepada asas-asas akhlak di dalam jiwa. Kata Thuthu : “Untuk setiap ribu tendangan pada dedaunan, hanya ada satu tamparan hebat kepada akar”
“مقابل كل ألف ركلة على أوراق الشجر، هناك ضربة واحدة على الجذور”.

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *