Siri Softskills Murabbi (6):  Meniup Kepercayaan Diri

Siri Softskills Murabbi (6): Meniup Kepercayaan Diri

• Anda tidak akan mampu membina sebuah binaan yang tinggi di atas sebidang tanah yang goyah. Begitu juga anda tidak akan mampu berbuat banyak daripada peribadi-peribadi yang goyah. . .yang tidak melihat pada dirinya ada sesuatu. . .atau melihat pada dirinya hanya sesuatu yang sangat kerdil dan hina.
• Perlu selalu diingat bahawa keyakinan yang tinggi beserta kemampuan yang sederhana adalah lebih bermanafaat dan lebih berkesan berbanding kemampuan yang tinggi beserta keyakinan yang sederhana.
• Kadangkala menjadi penting untuk anda meningkatkan para Mutarabbi sehingga menjadi dewasa. tetapi mungkin ia adalah lebih penting untuk dia merasakan bahawa dia benar-benar menjadi dewasa. Orang yang mampu memandu masyarakat bukan kerana mereka sudah dewasa, tetapi kerana mereka merasai kedewasaan… situasi seseorang itu mengikut di mana dia meletakkan dirinya sendiri.
• Awas ! Jangan anda tergolong dari kalangan mereka !.. mereka itu adalah para Murabbi yang tidak pernah mengungkap kata-kata pujian kerana mereka menyangka bahawa dengan membuat orang sentiasa merasa kekurangan adalah cara terbaik untuk menggalak mereka mencapai kesempurnaan !
• Tidak ada yang boleh melahirkan rasa keyakinan selain apabila tercapai kejayaan. Oleh itu usahakan supaya orang lain berjaya sekalipun kejayaan itu adalah bayangan yang anda sendiri ciptakan. Setelah itu mereka akan mencapai kejayaan sebenarnya dan boleh jadi lebih hebat dari apa yang pernah anda capai.
• Adakah anda tahu siapakah Murabbi yang berjaya meniupkan keyakinan ?
• Itulah Murabbi yang membawa perasaan seorang ayah. . . berinteraksi dengan interaksi seorang saudara. . . dwi-fungsi yang sangat menarik inilah yang akan meninggalkan impak kepada mutarabbi dan juga terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan secara serentak kerana adanya penghargaan terhadap diri dan kewujudannya. Disinilah akan munculnya kethiqahan.
• Seorang pegawai tentera berkata: “Wahai penghina diri, Angkat kepala kalian ke atas” !! itulah sebenar seorang pegawai yang sangat bodoh, tetapi itulah selalu berulangkali berlaku oleh mereka yang menghentam orang-orang bawahan mereka. . .kemudian mereka merungut-rungut tentang orang bawahan mereka yang kurang percaya diri.
• Ingat !! anda adalah seorang Murabbi bukan seorang polis . .. Seorang Murabbi itu berusaha merawat kesalahan dan pada masa yang sama mengembangkan yang betul. Adapun seorang polis itu hanya berinteraksi dengan kesalahan semata.
• Gunakan uslub galakan. . .jadikan kesalahan yang ingin anda perbetulkan itu nampak seolah-olah mudah dan perkara yang anda ingin Mutarabbi lakukan itu seolah-olahnya senang.
• Napoleon pernah ditanya: Bagaimana anda mampu memberikan kepercayaan kepada peribadi-peribadi di dalam barisan tentera anda ? Jawab beliau: Sesiapa yang berkata kepada aku , “Saya tidak mampu” , maka saya katakan kepadanya. . . cubalah lakukan. . .sesiapa yang berkata kepadaku, “aku tidak tahu”. . .maka aku berkata kepadanya : “belajarlah. .. dan sesiapa yang berkata kepadaku mustahil. . .maka aku berkata kepadanya: berusahalah untuk lakukan. . .”
• Tidak mungkin anda akan berjaya meniupkan kethiqahan dalam diri orang lain jika anda tidak mempercayai kemampuan-kemampuan mereka.
• Proses meniupkan kethiqahan ini bukanlah sebuah perasaan atau sebuah dorongan yang dipindahkan kepada Mutarabbi semata. . . tetapi ia juga adalah pengalaman-pengalaman dan kemahiran-kemahiran yang anda dapati pada dirinya yang dapat membantu anda menyuburkan keyakinannya pada diri sendiri.

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *