Siri Softskills Murabbi (5):  Kebersamaan Emosi Dan Operasional

Siri Softskills Murabbi (5): Kebersamaan Emosi Dan Operasional

• Adalah baik bagi Mutarabbi untuk merasakan bahawa anda sebagai Murabbi berkongsi kesusahan peribadinya dengan anda, dan lebih cantik lagi adalah anda dapat membantunya untuk menyelesaikan kesusahan tersebut secara praktikal.

• Apabila Murabbi mampu melakukan khidmat praktikal kepada Mutarabbinya namun kemudian Murabbi hanya merasa puas hati hanya dengan berkongsi perasaan dan cakap-cakap sahaja, maka ini boleh menukar imej positif ke imej negatif sepenuhnya !!

• Pastinya Anda tidak mempunyai tongkat Musa untuk menghapuskan segala kesulitan yang dialami oleh Mutarabbi.. melainkan perasaan Mutarabbi menganggap kalau anda memiliki tongkat tersebut, pastilah dia orang pertama yang akan berfikir sesuatu yang tidak perlu lagi melakukan amal-amal di lapangan.

• Berikan perhatian . . . bahawa pengaruh anda terhadap Mutarabbi adalah kesan daripada perhatian berat anda terhadapnya. Ingatlah wahai Murabbi. . . bahawa betapa baik pun realiti anda, sinarnya akan semakin malap di kala peribadi Mutarabbi tidak lagi berada di dalam senarai perhatian anda. Selalunya manusia bertitik tolak dari diri mereka sendiri.

• Merealisasikan kebersamaan dalam aspek emosi dan praktikal dengan orang lain adalah jauh lebih mudah daripada apa yang kita sangkakan. Ia boleh dicapai dengan komunikasi di luar bingkai kesusahan bersama. . . atau dengan soalan tambahan melebihi apa yang sering dipersoalkan oleh kebanyakan orang. Boleh jadi ia hanya satu tindakan kecil sahaja dan tidak mengandung apa-apa beban pun yang anda lakukan setiap hari.

• Masyarakat tidak dapat menerima anda hanya kerana anda menyokong mereka dalam krisis-krisis yang mereka hadapi sedangkan anda berada jauh dari mereka. Mereka menuntut lebih dari itu. . . dan pada masa yang sama ia sesuatu yang mudah.. Mereka menuntut anda untuk hidup bersama mereka dalam menghadapi krisis mereka, walaupun anda tidak boleh melakukan apa-apa kepada mereka !!

• Percayalah sepenuhnya bahawa perasaan positif bukan sesuatu yang dibuat-buat. . . tetapi perhatian yang jujur pasti akan terpaksa memunculkan kesannya yang baik.

• Mutarabbi berkata kepadanya: “Itulah permasalahan yang sedang saya hadapi. . , apakah anda boleh membantu saya dengan sejumlah wang yang saya perlukan? Saya menunduk ke tanah. . . meminta maaf secara senyap bagaikan seorang yang kurang upaya. Pada awal pagi keesokannya dia mengejutkan Mutarabbinya dengan ungkapannya bahawa malam tadi saya bermimpi bahawa saya telah memberikan anda sejumlah wang yang sama seperti yang anda minta. Di sini Mutarabbi menjawab: “Sudah cukup untuk saya mimpi itu, sebenarnya anda sudah memberikan kepada saya apa yang lebih berharga daripada wang.

• Bukalah di dalam hati anda satu fail khas untuk Mutarabbi. Dari fail itu yang mengikuti apa yang dia perlukan dan apa yang baru kepadanya. Berurusanlah dengan fail ini dengan penuh perhatian dan kerahsiaan. Ini akan mendorong Mutarabbi untuk lebih thiqah dan lebih terbuka dalam menerima apa-apa idea dan penyelesaian yang anda kemukakan.

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *