Siri Softskills Murabbi (4):  Memupuk Semangat

Siri Softskills Murabbi (4): Memupuk Semangat

• Sentiasa cuba membuat orang lain percaya pada idea anda .. sebelum mereka melaksanakannya dan pasti anda akan melihat perbezaan itu.

• Memikat Mutarabbi untuk melakukan apa yang tidak selaras dengan semangat mereka, seperti memaksa kanak-kanak minum ubat atau makan makanan. Ini mungkin kelihatan berguna pada pandangan pertama, tetapi dia akan segera melepaskannya hanya kerana anda tidak hadir.

• Perumpamaan seorang Murabbi yang tidak mampu memindahkan iman terhadap objektif di kalangan mereka yang bekerja bersamanya, adalah seumpama pemandu lokomotif yang ingin mendorong lokomotifnya ke depan tetapi tidak ada bahan bakar.

• Pelaksanaan hakiki kepada apa-apa idea adalah bermula dari keyakinan. . . selepas itu anggota badan akan berebut-rebut menterjemahkan keyakinan tersebut di dunia nyata.

• Apabila anda berjaya memupuk semangat yang anda inginkan di hati Mutarabbi, maka anda boleh melihat pada mereka apa yang tidak pernah anda lihat pada diri anda sendiri.

• Berusaha melepasi marhalah meyakinkan Mutarabbi dengan apa yang anda mahu . . . ke marhalah menyalakan sumbu dalam keyakinan ini untuk menghadapi dunia nyata. Ini adalah perbezaan penting antara keyakinan mental yang sejuk dengan semangat yang bernyala-nyala.

• Hendaklah anda yakini bahawa anda tidak akan dapat menanam di dalam diri Mutarabbi apa yang tidak tumbuh dalam diri anda . . . Semangat itu adalah perasaan yang dipindahkan sebelum ia adalah maani yang diajarkan.

• Jangan banyak mengeluh kerana kecilnya perhatian orang yang anda tarbiyah. . . Tapi adakan sediakan untuknya perhatian yang serius sesuai dengan kemampuannya. Pada ketika anda pasti akan dapati Mutarabbi itu sendiri akan menutupi perhatian-perhatian negatif sebelumnya.

• Menanam semangat ini adalah seumpama proses kelahiran baru bagi Mutarabbi, Dia keluar dari dunia sendiri untuk memasuki kehidupan baru bersama dunia orang lain dan suka duka mereka.

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *