Siri Softskills Murabbi (3): Mengarahkan tumpuan Dan Meraikan Kecenderungan Mutarabbi

• Murabbi yang gagal itu adalah Murabbi yang membayangkan dalam imaginasinya hanya satu “pattern” sahaja apa yang dikehendaki kepada setiap Mutarabbinya untuk berkembang pada masa akan datang.

• Banyak kesilapan berlaku pada Murabbi ketika mereka bekerja sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja untuk melahirkan “salinan-salinan fotokopi” sahaja dalam tarbiyah tanpa mengambil kira aspek keistimewaan, kecemerlangan dan perbezaan antara mutarabbi-mutarabbi mereka !!

• Adakah Mutarabbi memberikan anda jiwa dan fikirannya untuk anda persia-siakan ? Sekiranya jawapan anda tidak, maka jangan sesekali anda lupa perkara ini. . . Jadikan Mutarabbi anda mengerjakan apa yang dia suka selama mana ia tidak bertentangan dengan apa yang anda yakin, bukan mengerjakan apa yang anda mahu.

• Semakin besar keyakinan dan keupayaan maka semakin meningkat pengeluaran dan kecemerlangan. Jangan jadikan formula tarbiyah anda bersama Mutarabbi “Apa bidang terbaik yang wajib dia masuki ! Tapi jadikanlah formulanya Apa medan terbaik yang Mutarabbi suka untuk terlibat mengikut kemampuannya selama ia tidak bertentangan dengan ahdaf tarbawiyah anda dengannya.

• Kadangkala Kita terkeliru dengan medan-medan yang maju dan istimewa dengan medan-medan dan bidang lain yang cukup baik sekalipun kurang menarik. Awas. . . jangan sampai anda terjatuh di dalam krisis ini ketika melakukan taujih kepada para mutarabbi. Ingat !! manusia ini memiliki berbagai kemampuan. Setiap orang dipermudahkan kepada apa tujuannya diciptakan untuknya.

• Ingatlah bahawa mata yang menawan bukanlah segala-galanya pada wajah yang cantik, walaupun ia adalah yang paling indah di dalamnya.

• Pemikiran sempit adalah pemikira Murabbi yang ingin menghadkan semua Mutarabbi hanya ke dalam satu bidang sahaja .. kerana menurut pandangannya hanya dia yang terbaik di medan dan bidang itu.

• Bukan sesuatu yang mengaibkan apabila anda mempersiapkan Mutarabbi anda untuk satu tahap yang lebih tinggi daripada tahap anda – dalam apa sahaja bidang – ini adalah hasil semula jadi dari kebolehan dan bakat yang berlainan.

• Apabila anda silap dalam memahami dan mentaujih perhatian dan fokus Mutarabbi, maka anda telah menzaliminya dengan mengarahkan mutarabbi kepada apa yang tidak sesuai dengannya, dan menzalimi amal-amal di mana dia boleh memainkan peranan yang aktif, dan menzalimi tugas-tugas yang telah anda serahkan kepadanya.

• Sebagai Murabbi, anda perlu memahami betul-betul siapa yang berada di hadapan anda sebelum anda mengarahkannya ke sesuatu destinasi tertentu. Kesilapan yang sering diamalkan oleh sesetengah Murabbi adalah memakaikan pakaian yang sudah siap dijahit tanpa mengenal pasti ukuran dan kesesuaian tubuh Mutarabbi.

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *