Siri Softskills Murabbi (2): Hubungan Baik dan Kasih Sayang

• Hubungan yang baik dengan Mutarabbi merupakan aset anda di dalam diri Mutarabbi. Dengan aset tersebut akan menampung segala kekurangan, kelemahan, kesilapan, kekeringan atau tugasan dalam hubungan anda dengannya.

• Jangan campakkan benih milik anda ini sebelum anda menyediakan tempat yang sesuai untuk dia tumbuh sehinggalah akhirnya ia akan menghasilkan buah sepanjang masa dengan izin Tuhannya.

• Seorang Murabbi yang berjaya adalah seorang yang menjadikan hubungan yang baik dan kasih sayang itu sebagai matlamatnya. Bukan hanya sebagai wasilah untuk mencapai matlamatnya saja.

• Masyarakat tidak menerima apa yang anda miliki hanya kerana semata-mata ia betul dan benar. Tetapi mereka akan menerimanya setelah dibuka jalan yang benar dan betul ini dengan hubungan yang baik dan kasih sayang. Ini kerana sedikit sangat orang yang boleh makan apa-apa sahaja yang baik dan berkualiti di atas meja yang kotor dan pinggan mangkuk yang jijik. Sesuatu yang baik memerlukan penampilan yang juga baik.

• Fikirkan tentang mad’u anda, sebelum anda meminta mad’u anda berfikir tentang dakwah anda. Pada ketika itu sahaja mad’u anda akan merasakan bahawa dirinya adalah sebahagian dari dakwah anda dan perhatian anda. Dari situlah dia menyertai anda sebagai sebahagian dari elemen dakwah dan juga sebagai peneraju dakwah.

• Hubungan yang baik dengan Mutarabbi juga menuntut hubungan yang baik dengan orang-orang di sekelilingnya. Biasanya orang ramai menyayangi diri mereka sendiri sebagaimana mereka menyayangi dan mencintai apa-apa yang mereka miliki.

• Jangan jadikan aset kepercayaan Mutarabbi kepada anda hanya kerana status ustaz sahaja, tapi tambahkanlah aset kepercayaan itu melalui hubungan kasih sayang. Nanti beliau sendiri akan meniru apa yang telah anda lakukan.

• Kesilapan besar berlaku kepada sesetengah Murabbi apabila mereka percaya hubungan baik dan kasih sayang itu hanya perlu diperingkat awal-awal dakwah sahaja dan ia tidak perlu pada pada peringkat-peringkat tarbiyah seterusnya.

• Ramai Mutarabbi berpuas hati dengan anda untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan mereka untuk menjadi masa depan yang baik. Masa depan yang baik untuk perbualan, susah payah dan mengadu hal bahkan untuk bersenda gurau dan berjenaka.

• Saya tidak percaya anda adalah seorang Murabbi yang punya karakter lurus, keras dan tegas yang dibuat-buat sehingga mereka menyangka senyum, ketawa dan suka bergaul dengan Mutarabbi itu akan merosakkan dirinya dan merosakkan proses tarbiyah secara keseluruhan.

• Tidak mungkin seorang Murabbi yang tajam, dahi berkerut dan tidak dapat mengukir senyum pada bibirnya akan dapat menangkap hati Mutarabbi dan menagih kasih sayangnya.

• Jangan anda berfikir dengan menggunakan seluruh wasilah kebendaan sudah cukup untuk menyampaikan tujuan anda dan memenangi hati mereka yang akan mengetuk pintu-pintu langit dengan doa mereka.

• Perkataan yang baik boleh menyumbang untuk memenangi hati Mutarabbi… tetapi sikap praktikal anda adalah jauh lebih berkesan dalam mempengaruhi mereka positif mahu pun negatif. Seumpama anda memohon maaf di atas kesilapan, pendirian anda di atas kebenaran, anda menghulurkan hadiah atau harta dan lain-lain.

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *