Siri Softskills Murabbi (12):  Memikul Tanggungjawab

Siri Softskills Murabbi (12): Memikul Tanggungjawab

• Sebelum anda mentarbiyah Murabbi untuk memikul tanggungjawab, pertama sekali, jelaskanlah kepadanya sejelas-jelasnya bahawa itu adalah tanggungjawab. Amal-amal yang tidak bersandarkan kepada kejelasan yang baik tidak akan bertahan lama.

• Tuntutan anda kepada mutarabbi untuk memikul apa-apa tanggungjawab, mestilah sesuai dengan kemampuan-kemampuan yang dimilikinya dan yang kemungkinan anda adalah salah seorang paling penting telah atau sedang berusaha mewujudkannya.

• Bagaimana mungkin seorang mutarabbi memikul tanggungjawab sedang tidak pernah diberi peluang untuk gagal ! Benar, perhatian dan kesungguhan anda agar mutarabbi itu berjaya sewajibnya tidak boleh menjadikan anda menutup peluangnya untuk gagal ! Jadikanlah mutarabbi mampu melaksanakan sendiri beberapa tanggungjawab walaupun dalamm skala yang kecil… Pasti anda akan melihat hasilnya selepas itu.

• Anda tidak akan mampu meniupkan semangat tanggungjawab ini ke dalam diri mutarabbi menerusi beberapa kalimah yang anda curahkan ke telinganya sahaja, tetapi ia boleh berlasku ketika anda serahkan kepadanya secara amali beberapa tanggungjawab yang sesuai dengan kemampuannya.

• Anda perlu ingat bahawa syu’ur mutarabbi untuk berintima kepada sesuatu adalah jalan yang membawa kepada pengorbanannya. Perhebatkanlah terlebih dahulu dalam diri mutarabbi anda ruh intima kepada apa yang anda ingin dicapai oleh mutarabbi anda sebelum perkara-perkara yang lain.

• Anda tidak akan mampu menggilap ruh memikul tanggungjawab dalam diri mutarabbi menerusi isyarat bahawa dia selalu cuai dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. Tetapi ia mestilah dilakukan dengan mempastikan kemampuannya dalam memikul dan melaksanakan tanggungjawab tersebut.

• Berhati-hatilah dalam menambah khazanah-khazanah teori tanpa ada ruang untuk praktis … memunculkan kepada mutarabbi perasaan besarnya tanggungjawab yang dipikulkan di atas pundaknya kemudian tidak ada mekanisme praktikal untuk menunaikan perasaan ini, akan menyebabkan mutarabbi merasa kecewa, lemah semangat dan tidak berdaya.

• Jangan jadikan mutarabbi tenggelam di dalam lautan tanggungjawab yang dia tidak tahu untuk berenang di dalamnya. Masuliyyah yang sepatutnya memenuhi ruang sanubari mutarabbi adalah masuliyyah yang dia mampu lakukan , bukan yang tidak mampu dia lakukan.

• Sebelum anda memperkasakan ruh masuliyyah yang positif, tanggalkan terlebih dahulu halangan-halangan negatif yang sedia ada. Oleh kerana itu, perasaan kurang mampu, kurang yakin, tidak berdaya, ketakutan yang kronik, rutin, sibuk dengan kesusahan-kesusahan tertentu dan seumpamanya adalah merupakan dinding batu yang mesti diruntuhkan untuk menembusi jiwa mutarabbi dan menimbulkan perasaan kebertanggungjawaban.

• Perasaan anda bahawa mutarabbi tidak memiliki kemampuan-kemampuan untuk memikul masuliyyah, sebenarnya dikira salah satu penghalang penting di dalam proses melayakkan mereka memikul masuliyyah sebenar.

• Sorotilah keyakinan anda sebelum anda menghukum seseorang itu tidak layak memikul apa-apa masuliyyah, kerana hukum-hukum negatif itu adalah hukum yang sangat mudah dikeluarkan dan semua orang boleh lakukan.

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *