Siri Softskills Murabbi (11):  Menyelesaikan Berbagai Permasalahan

Siri Softskills Murabbi (11): Menyelesaikan Berbagai Permasalahan

• Sebelum sesuatu yang lain, anda hendaklah mengenalpasti permasalahan secara jelas. Ini yang akan membantu anda kemudiannya dalam menganalisa dan memahaminya. . demi untuk memberikan penyelesaian yang efektif dan praktikal. Seterusnya dapat dinilai dan dilaksanakan.

• Menjadi suatu yang sangat hebat, apabila anda tidak perlu menunggu munculnya berbagai permasalahan untuk diselesaikan. Tetapi anda mampu mencabut akar umbinya sebelum ia muncul dan menguat. Orang yang bijaksana itu, bukan orang yang pandai memadam kebakaran dikala ia sudah menyemarak, tetapi orang yang bijaksana adalah orang dapat mempastikan sarana-sarana keselamatan sebelum kebakaran itu terjadi.

• Anda perlu ingat bahawa sifat terpenting yang diperlukan untuk penyelesaian masalah ialah menjadi pendengar yang efektif. Bahkan banyak permasalahan boleh berakhir hanya dengan adanya pendengar kepada permasalahan yang mereka curahkan dan berusaha memahami apa hasrat mereka.

• Awas ! Jangan hadapi permasalahan-permasalahan dengan penyelesaian yang sudah dipersiapkan terlebih dahulu. . Anda akan kehilangan tempat rujukan anda sendiri di dalam menyelesaikan permasalahan, ketika orang lain mampu bercerita apa yang akan anda lakukan untuk mereka ketika mereka mengadu kepada anda.

• Berfikirlah penuh kebebasan tanpa ikatan. . Sesungguhnya berfikir secara bebas ini akan menganugerahkan kepada anda kekuatan dan keistimewaan bahkan memberikan momentum besar untuk mencapai penyelesaian terbaik.

• Berusahalah sekemampuan mungkin agar tidak berlaku kekosongan atau jurang di antara dua hujung permasalahan. Berusahalah memperbanyakkan majlis-majlis berterus-terang. Jurang-jurang yang terhasil antara dua hujung permasalahan adalah sebab utama melahirkan persepsi dan buah fikiran yang salah, buruk sangka, tafsiran dan takwilan yang jauh dari yang sepatutnya.

• Jangan terlalu idealis sehingga anda menuntut orang lain keluar dari permasalahan hanya semata-mata kerana anda berjaya meyakinkan mereka ! Keyakinan seperti itu bukanlah segala-galanya. . ! Berilah orang lain peluang menceduk penyelesaian menerusi tempoh masa yang akan mengukuhkan penyelesaian yang anda berikan, atau menenangkan ketegangan permasalahan dalam diri mereka. Ingatlah bahawa Nabi s.a.w pun mengharuskan kepada dua pihak yang bersengketa tempoh tiga hari tidak bertegur sapa. Ini pada hakikatnya merupakan tempoh untuk memadamkan semangat kemarahan dalam diri kedua-dua pihak.

• Satu perkara saya ingatkan supaya anda lakukan. . sebagaimana saya ingatkan juga anda tinggalkan !! Berkomunikasi dengan peribadi bermasalah menerusi latarbelakang terdahulu. . Menanggalkan permasalahan dari peribadi bermasalah boleh membawa kepada penyelesaian yang tidak praktikal atau gagal ! Begitu juga sentiasa bermula dari latarbelakang boleh membawa kepada menghukum peribadi bukan menghukum masalah itu sendiri !

• Sebagaimana anda serius memberikan perhatian terhadap permasalahan-permasalahan para mutarabbi yang anda tangani, seriuskan juga pandangan anda dalam memberikan penyelesaian dan memperbetulkan permasalahan tersebut. Dengan perhatian tersebut, anda juga akan menyelesaikan permasalahan-permasalahan lain yang ada dalam diri anda sendiri. Berkaitan cara berfikir anda dan cara anda mengatasi dan merawat berbagai persoalan yang lain.

• Antara jalan penyelesaian masalah, kadangkala dengan tidak menyelesaikannya !! Dengan tidak membentang dan membincangkan permasalahan itu sendiri kadangkala menjadi penyelesaian ! Masa, melupakan dan menyibukkan diri dengan perkara yang lebih besar itu kadangkala sudah cukup untuk menyelesaikan berbagai permasalahan manusia.

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WordPress spam blocked by CleanTalk.