Siri Softskills Murabbi (10):  Daya Tarik Murabbi

Siri Softskills Murabbi (10): Daya Tarik Murabbi

• Jadilah seorang yang inovatif kerana seorang yang berfikiran inovatif ini merupakan salah satu ciri peribadi yang menarik. Bermakna, dia seorang yang tidak boleh menerima situasi bermasalah yang ada sekarang ini berterusan. . . bahkan dia sentiasa berusaha mengadakan jalan-jalan penyelesaian yang baru dan mencari jalan-jalan keluar yang sangat inovatif untuk sampai kepada hadaf yang ingin dicapai.

• Berfikirlah secara positif. . . anda tidak akan menjadi seorang murabbi yang menarik dan inspiratif kepada orang lain selama anda masih banyak mengeluh dan sentiasa membeber. Peribadi yang memiliki daya tarik adalah peribadi yang sentiasa positif.

• Tunjukkan semangat dengan apa yang akan anda lakukan. . . mereka yang memiliki personaliti menarik sentiasa meniupkan semangat terhadap kerja-kerja yang mereka lakukan. . Guru yang berkata kepada murid-muridnya pada hari pertama persekolahan: “Anda semua akan belajar subjek pelajaran terpenting dalam kehidupan anda !. . pasti akan mampu menawan hati murid-murid sepanjang tempoh pembelajaran tersebut.

• Sebenarnya kita tidak menuntut anda menjadi seorang yang sangat menarik, sangat pantas memahami, sangat pintar dalam pergaulan. Itu semua adalah sifat-sifat anugerah yang bukan mudah untuk dicapai…! Sebaliknya kita menuntut anda jangan menjadi seorang yang kasar dan bertabiat keras menerusi penghindaran sesetengah isu seperti mengintai-ngintai,.. memberat-berat. . .mencari-cari. . . dan anda perlu menjaga adab-adab bercakap dan berkomunikasi sehingga anda tidak termasuk dalam lingkaran mereka yang memberat-beratkan sekalipun ia tidak membawa anda ke daerah yang zarif.

• Jangan anda menjangka anda akan menjadi seorang yang sangat menarik hanya kerana ana sendiri memutuskan demikian.. Layakkan diri anda untuk menjadi seorang yang menarik menerusi latarbelakang thaqafah dan sosial yang bagus, menerusi kemahiran-kemahiran bercakap yang baik, menerusi pengalaman-pengalaman atau kisah-kisah yang dilalui, menerusi qudwah-qudwah yang baik. . .dan seumpamanya. Itulah yang menjadikan diri anda magnet kepada hati-hati yang lain.

• Ketika anda kehilangan daya tarik diri dan anda menggunakan pengaruh anda untuk mempengaruhi para mutarabbi anda, sebenarnya anda telah kehilangan kelayakan untuk mentarbiah ! Murabbi yang berjaya itu adalah murabbi yang berjaya menarik bukan berjaya memaksakan !!

• Murabbi yang berjaya itu tidak memerlukan penghargaan orang lain terhadap percakapannya. Ini kerana daya tarik peribadinya telah melaksanakan tugasnya sebelum itu.

• Terimalah kehadiran masyarkat seadanya tanpa memberat-beratkan sehingga mereka merasakan anda menerima kehadiran mereka. Anda meredhai mereka. Masayarakat tidak tertarik kepada orang yang memberat-beratkan sesuatu.

• Masyarakat akan menjauh diri daripada mereka yang banyak bercerita tentang diri mereka sendiri. Itulah mereka yang menjadikan diri mereka paksi dunia seluruhnya !! Mereka menjadikan kisah-kisah, pengalaman-pengalaman dan kehidupan mereka sebagai wirid yang akan diulang-ulang oleh para mutarabbi pagi dan petang. !!

• Biasanya orang yang memiliki keperibadian yang menarik adalah peribadi yang tidak disibukkan oleh kesusahan diri sendiri berbanding kesusahan orang lain. . .bahkan peribadi seperti ini akan menjadikan kesusahan orang lain itu sebagai kesusahan dan tanggungan dirinya.

• Kami pernah menunjukkan kepada anda beberapa wasilah yang zahir dan praktikal untuk menjadi peribadi yang memiliki daya tarik, namun di akhirnya kami meninggalkan semua itu kerana “kejujuran anda yang zahir dalam mengasihi kebaikan sebenarnya menjadi daya tarik paling besar yang menariknya untuk melaksanakan ahdaf yang telah anda inginkan”.

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WordPress spam blocked by CleanTalk.