Siri Softskills Murabbi (1): Menyiapkan Persekitaran umum Untuk Mutarabbi

• Jangan cuba menyerang kehidupan lampau Mutarabbi. Walaupun dia kelihatan selesa dan puas dengan anda, Anjakkan sedikit langkah ini, nanti Mutarabbi itu sendiri yang akan melakukannya.

• Berusahalah untuk mengembangkan lingkaran hubungan anda sehingga menjangkau orang-orang yang rapat dengan Mutarabbi seperti bapanya, saudara-saudaranya atau yang lain-lain. Tujuannya adalah agar mereka tidak menjadi penghalang sekalipun anda tidak mampu menarik mereka ke dalam saf anda.

• Perasaan Mutarabbi bahawa dia sedang dilalukan dengan suatu perubahan yang besar, kadangkala boleh menimbulkan reaksi bertentangan … Oleh itu bekerjalah dengan damai, tenang dan penuh kejelasan.

• Sebelum anda menghilangkan beberapa halangan praktikal dalam realiti Mutarabbi, hapuskan terlebih dahulu halangan maknawi di dalam dirinya. Ingatlah sentiasa bahawa medan utama anda adalah hati sebelum realiti.

• Mencipta suasana umum tidak bermakna menghapuskan semua halangan yang tidak sesuai, kerana ini mungkin sukar, tetapi ia bererti mengkondisikan Mutarabbi dengan suasana yang kurang baik ini dengan kerugian yang minimum.

• Berusahalah untuk mengembangkan lingkaran hubungan peribadi Mutarabbi melampaui hubungan hanya dengan diri anda sendiri. Walaupun sekali pandangan kelihatan hubungan baru ini tidak boleh menyampaikan kepada matlamat-matlamat anda yang jauh. Itu adalah satu lingkungan dalam siri-siri matlamat anda.

• Sekemampuan anda, jauhilah garis merah pada Mutarabbi anda ketika berusaha mewujudkan persekitaran umum. Garis-garis merah ini boleh jadi dalam bentuk sahabat-sahabat lama, anutan-anutan fikrah terdahulu, atau pun titik-titik perhatian peribadi yang tidak munasabah.

• Perlu sentiasa ingat bahawa untuk mewujudkan suasana yang sesuai untuk Mutarabbi tidak bermakna redha dengan realiti Mutarabbi dan menambah nilai syarie kepadanya. Tetapi perlu turun kepada realiti Mutarabbi bukannya tolak ansur. Setelah turun ke realitinya, barulah anda boleh mengangkat Mutarabbi semahu anda.

• Mutarabbi akan hidup dalam suasana umum ini mungkin beberapa tahun, Sangat idealis jika anda berfikir bahawa anda mampu merubahnya dalam beberapa hari.

• Awas !! jangan sampai andalah satu-satunya orang yang boleh mempengaruhi Mutarabbi. Ciptakan dari persekitarannya, sahabat-sahabat atau rakan-rakannya yang akan membantu anda dalam tugas anda, ia akan memendekkan banyak masa anda.

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *