SENATOR DEMOKRAT TUDUH TRUMP LINDUNGI BIN SALMAN

SENATOR DEMOKRAT TUDUH TRUMP LINDUNGI BIN SALMAN

Washington – “Al-Quds Al-Arabi”: 07/12/2018

Senator Jeff Merkley (Demokrat, Delaware) menuduh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berusaha menutup usaha-usaha siasatan kes pembunuhan wartawan Arab Jamal Khashoggi.

Merkley, seorang ahli Jawatankuasa Hubungan Luar Senat berkata beliau percaya bahawa Trump mungkin membantah teguran Senat terhadap Putera Mahkota Saudi, Putera Mohammed bin Salman, yang dipercayai telah mengarahkan pembunuhan Khashoggi.

Merkley berkata hujah Trump secara terang-terangan adalah bahawa Arab Saudi adalah pelanggan baik untuk penjualan senjata, dan yang lebih kronik adalah kata-kata Menteri Luar, Mike Pompeo yang menyifatkan Arab Saudi sebagai pembantu kanan untuk melaksanakan keutamaan Amerika di Timur Tengah. Kata Merkley “Ini bermakna ada keinginan untuk meminggirkan isu kemusnahan dalam perang di Yaman  dan keinginan untuk mengelakkan dari bercakap tentang pembunuhan  Khashoggi, tetapi semua hujah itu adalah salah kerana intipati kepimpinan Amerika di dunia bergantung kepada pengukuhan wawasan yang melibatkan hak asasi manusia, menghormati, kedaulatan undang-undang dan kepimpinan serta semua orang yang menjadi mangsa kepada pendirian Trump itu.

Khashoggi adalah seorang wartawan di Washington Post dan seorang pengkritik terhadap kepimpinan Saudi, telah dibunuh selepas memasuki konsulat Saudi di Istanbul lebih dari dua bulan lalu.

Pegawai Turki mengatakan pembunuhan itu dilakukan oleh pimpinan tertinggi Saudi, dan ramai senator AS menyatakan keyakinan bahawa putera mahkota itu terlibat.

Trump mempertahankan putera mahkota Saudi, dan berkali-kali menyatakan penafian penglibatan putera mahkota Saudi dalam pembunuhan Khashoggi sambil menyentuh kepentingan hubungan ekonomi dengan Arab Saudi. Pada masa sama, Pengarah Agensi Perisikan Pusat, Gina Haspel memaklumkan kepada beberapa ahli-ahli Dewan Negara, minggu ini, fail pembunuhan Khashoggi sehingga mencetuskan tuntutan-tuntutan baharu daripada Kongres Untuk mengambil tindakan terhadap Bin Salman.

Sekumpulan senator dari parti Demokrat dan Parti Republik membuat keputusan rasmi bahawa Senat mendapati putera mahkota itu “terbabit” dalam kematian Khashoggi.

Next Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *