Quds dan Kembalinya Al-Masih Yang Dinantikan

Quds dan Kembalinya Al-Masih Yang Dinantikan

Presiden Trump tidak berhenti walaupun untuk seketika dengan keputusan untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan Amerika kepada Jurusalem.Trump tidak mengindahkan apa-apa reaksi dari Dunia Arab dan Islam dan beliau tidak mengambil pendapat mereka pun dalam langkah yang sudah diputuskan ini kerana Dunia Arab dan Islam adalah sebahagian dari isu tersebut dan Baitulmaqdis adalah ibukota kerohanian mereka yang abadi semenjak Allah s.w.t memperjalankan hambaNya Muhammad s.a.w ke situ.

Kenapa Presiden Trump membuat keputusan sedemikian ? apakah keputusan itu melayani kepentingan Amerika sendiri? Sebenarnya adalah keputusan itu lahir dari ketakutan yang dialami oleh Presiden Amerika Syarikat yang berkemungkinan akan disingkirkan, seperti yang berlaku kepada Presiden Nixon. Kemungkinan itulah sebab sebenar bagi pemindahan kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. Setelah pengakuan Michael Flynn, Mantan penasihat presiden berkenaan beberapa komunikasinya dengan Russia dan kesan pengaruh Rusia terhadap perjalanan pilihan raya Amerika, telah menjadi tali gantung yang semakin menjerut secara perlahan-lahan di leher Presiden dan kemungkinan Trump terpaksa meninggalkan pejabat Presiden telah menjadi sangat jelas.

Sebagai orang yang masih memiliki kewarasan, Trump terpaksa merujuk kepada lobi yang mendokong beliau sehingga berjaya menyandang jawatan presiden. Lobi yang dimaksudkan adalah fundamentalis Kristian Protestan, atau orang-orang yang memanggil diri mereka sebagai Kristian Zionis. Mereka adalah orang yang beriman kepada kedatangan Al-Masih ke ibu negara Israel Raya iaitu Jerusalem. Dengan keputusan Trump ini bermakna mereka telah berjaya merealisasikan sebahagian kepercayaan yang mereka imani selama ini.

Di samping itu, Trump juga berusaha mendapat restu dari Lobi Zionis tradisional yang telah mengundi untuk Hillary Clinton, setahun sebelum pilihanraya pilihan raya presiden, terutama akhbar-akhbar yang mereka miliki atau berkaitan dengannya, yang pernah dituduh oleh Trump sebagai penyebar maklumat palsu tentang dirinya.

Apakah kepentingan Amerika atau peranan Amerika sebagai pengantara perdamaian di Timur Tengah, akan mendapat manfaat daripada keputusan Trump yang menyokong salah satu daripada tuntutan strategik Israel ini sekalipun bercanggah sepenuhnya dengan legitimasi antarabangsa ?? Kami tidak berfikir begitu kerana bagi Amerika perhitungan untung atau rugi sekarang tidak mengambil kira maklum balas daripada kerajaan Arab atau kerajaan negara-negara Islam kerana negara-negara tersebut sudah tidak memiliki apa-apa pemberat kepada Amerika. Semua negara tersebut sedang sibuk bagaimana mahu mengekalkan pemerintahan mereka dengan apa cara sekalipun. Atau dengan satu cara lain mereka bergantung diri kepada Amerika, dan mereka membayar untuk tujuan itu sejumlah wang yang sangat banyak kepada Amerika. Kita dapat lihat seperti yang berlaku kepada negara-negara Teluk yang berbuat demikian demi perlindungan dari Amerika dan demi kelangsungan rejim mereka, mereka melupakan Isu Jerusalem, Palestin dan isu-isu disekeliling mereka. Negara lain tidak lebih baik daripada negara-negara Teluk, sama ada yang hidup dengan bantuan Amerika, atau yang dibekalkan mereka dengan senjata dan peralatan, untuk melawan antara satu sama lain.

Rakyat Palestin telah kehilangan segala cara membuat tekanan, atau penentangan yang berkesan ketika mereka menaikkan sepanduk perundingan demi perundingan dan bahkan perundingan semata-mata sebagai satu-satunya objektif strategik. Selama lebih dari 25 tahun kami telah terlibat dalam kempen ini tanpa sebarang faedah. Yang ada hanyalah pertambahan bilangan penempatan baru dan pengepungan yang lebih dahsyat.

Sumber: Al-Quds Al-Arabi

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WordPress spam blocked by CleanTalk.