PESANAN UNTUK PENDAKWAH MUDA

PESANAN UNTUK PENDAKWAH MUDA

1. Jangan lupa untuk merasakan ganjaran dakwah di jalan Allah setiap masa .

2. Gantung manusia kepada Allah s.w.t dan jangan gantung mereka kepada dirimu.

3. Keselesaan dan kepercayaan Mad’uu terhadap Dai’e adalah sebab utama penerimaannya. . .

4. Usahlah bersusah payah memunculkan diri bukan dengan keperibadian anda sebenar, kerana masyarakat lebih suka berurusan dengan orang yang hidup secara tabi’e. Mereka tidak suka orang yang berlakon dengan keperibadian lain.

5. Sifat yang paling penting mesti ada pada penyelia dakwah ialah: “Tidak menghancurkan”.

6. Untuk menjadikan lelaki yang dibezakan, kita mesti menjadi diri kita sendiri.

7. Membaca dan meminta pandangan adalah dua perkara yang sangat perlu dimiliki oleh pendakwah… begitu juga melayari laman dakwah di Internet.

8. Bekerjalah dan bermujahadahlah untuk dakwahmu. . . Jadilah orang yang ikhlas untuk dakwahmu. . . Usah menunggu natijah. . . dan ingatlah ada dikalangan para Nabi yang datang pada hari kiamat, tanpa seorang pengikut pun.

9. Jadilah Qudwah kepada masyarakat. . . kita berada di zaman ketandusan qudwah. Ingatlah : Ketika anda berkata perkara yang anda tidak laksanakan, anda akan dapat melihat pada satu peribadi baru perkara yang tidak pernah anda sebut !!

10. Pelajarilah dan tekunilah wasilah-wasilah yang dapat membantu anda menyampaikan risalah dakwah kepada masyarakat.

11. Dalam kesibukan amal dakwah, jangan melupai diri sendiri dan pembinaan diri sendiri. . . Jangan lupa dirimu dan pembelajaran yang sepatutnya. . . Berikan perhatian kepada aspek Syari’e seperti mendengar rakaman, membaca buku-buku. . . menghadiri kuliah-kuliah pengajian.. . seminar dan sebagainya.

12. Hendaklah bersabar dalam dakwah ini. . . jangan mengharapkan sesiapa pun akan datang kepadamu. . . bahkan berinisiatiflah untuk mendatangi mereka.

13. Berikan masa anda untuk dakwah. . . jangan berikan hanya sisa-sisa waktu yang anda miliki kepada dakwah.

14. Mulakan dengan senyuman. . . ucapkan salam dan bertanyalah tentang si polan dan si polan. . . itulah kunci utama hati. . .

15. Seimbangkan dirimu antara sukakan kepimpinan dengan jauh dari memegang kekuasaan. . . jadilah orang pertengahan di antara kedua-duanya. . . Jangan jadi cita-citamu untuk muncul dihadapan khalayak dengan memikul tanggungjawab. . .

16. Jadilah seorang yang bijak dan berhati-hati dalam berurusan dengan peribadi-peribadi yang ada di hadapan anda. . . Bertahap-tahaplah dalam uslub memenangi hati-hati manusia.

17. Menangilah hati manusia dengan penghormatan darimu sebelum mendakwahi mereka. . . . Timbulkan rasa perhatianmu kepada mereka.

18. Gunakanlah ungkapan-ungkapan yang cantik dalam memenangi manusia. . . dalam pertanyaan dan keperihatinan kerana cumbuan-cumbuan hati dan perasaan dapat melembutkan manusia secara luarbiasa.

19. Jangan terlebih dalam memberikan perhatian kepada peribadi tertentu sahaja sekalipun dia berhak seperti itu.

20. Jagalah. . . jagalah . . . dan jagalah dakwah ini kerana itulah medan kejayaannya. Kualiti adalah lebih penting berbanding kuantiti .. Dua puluh pekerja yang bekerja, soleh dan juga Musleh adalah lebih baik berbanding lima puluh yang malas dan tidak menyumbang apa-apa.

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *