Mc Donald Malaysia Kecewa Kempen Boikot

Mc Donald Malaysia Kecewa Kempen Boikot

McDonald Malaysia menyatakan “kekecewaan” kerana kempen media sosial untuk memboikot rangkaian makanan segera itu sebagai tindak balas kepada pengiktirafan Amerika Syarikat kepada Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

Pengguna media sosial di Malaysia yang majoritinya adalah Muslim telah berkempen untuk memboikot pelbagai syarikat AS berikutan keputusan Presiden Donald Trump untuk memindahkan kedutaan Amerika Syarikat di Israel ke Jerusalem.

Menurut salah seorang pengguna Twitter yang tidak menyatakan daripada mana-mana sumber berkata bahawa Pusat Utama McDonald di Amerika Syarikat ” telah menyalurkan wang kepada Israel.” Pengguna ini tidak memberi respons kepada permintaan untuk komen.

McDonald’s Malaysia berkata dalam satu kenyataan di platform rangkaian sosial Facebook pada hari Sabtu bahawa rangkaian itu tidak menyokong dan tidak berpihak kepada sebarang konflik politik atau agama.

Izmir Jaafar, salah seorang Pengarah Urusan francais McDonald di Malaysia berkata, berkata bahawa “dakwaan bahawa MacDonalds menukarkan dana membantu Israel bohong, satu pembohongan dan fabrikasi dan fitnah. Tuduhan yang dibangkitkan oleh mesej yang tidak bertanggungjawab menerusi WhatsApp (anak syarikat Facebook) adalah tidak berasas.”

Izmir juga berkata umat Islam adalah pemegang saham terbesar di McDonald’s Malaysia.

Sumber: HuffPost

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WordPress spam blocked by CleanTalk.