Konspirasi Masjid Raudhah Terbongkar

Konspirasi Masjid Raudhah Terbongkar

Dalam satu kejutan berkala tinggi, seorang tweetter terkenal “Thomih” mendedahkan mengenai penglibatan UAE dalam pembunuhan beramai-ramai “Masjid Raudhah” di utara Sinai di Mesir. Insiden keganasan itu telah meragut nyawa 309 orang, termasuk 27 kanak-kanak. “Thomih” di dalam siri Tweetnya telah dipantau oleh laman (Watan), menyatakan bahawa pengeboman ini adalah modus operandi yang pertama kali berlaku di Mesir, yang tidak ada mana-mana pihak setakat ini mengaku bertanggungjawab, belum pernah orang Mesir melaksanakan modus operandi seperti ini setakat ini, insiden ini ada kaitan dengan pengeboman “oasis” yang berlaku dua bulan lepas.

Dalam satu kejutan baru, “Thomih” mendedahkan bahawa pembunuhan beramai-ramai yang berlaku pada Jumaat di Masjid Raudhah itu dirancang di Abu Dhabi. “Thomih” menambah bahawa penyelarasan secara khusus berlaku antara Mohammed Dahlan, pemimpin Palestin dalam pelarian dengan Ali Batah komander Briged di bawah susunan Mohammed Dahlan di Sinai, seorang rakyat Saudi tetapi memegang kewarganegaraan Yunani.

“Thomih” berkata mesyuarat itu dihadiri oleh wakil kerajaan Mohammed bin Zayed (UAE) di hadapan wakil pejabat As-Sisi (Mesir). Perancangan itu adalah untuk membawa keadaan kelam kabut di Mesir, supaya As-Sisi berpeluang mengadakan pilihanraya tanpa sebarang protes atau bantahan. Menurut riwayat “Thomih” yang menambah bahawa tidak akan terjadi pilihan raya di Mesir kecuali akan memperpanjangkan tempoh pemerintahan As-Sisi untuk tambahan 4 tahun lagi dengan mengeksploitasi daripada kekacauan itu. Menurut “Thomih” operasi Oasis itu dilakukan untuk menyingkirkan Ketua Turus angkatan tentera dan operasi itu berlaku sepertimana seperti yang dirancang, namun proses itu tidak mendatangkan jawapan yang diperlukan, maka operasi Arish dipercepatkan seminggu lebih awal.”

Butiran operasi Masjid Raudhah kata Thomih “Batalion 1001 dibawah pemerintahan Mohammed Dahlan, terdiri daripada askar dari rakyat Greek dan rakyat Croatia yang melaksanakan operasi tersebut. Juga yang memilih masjid dan menentukan wakil pejabat As-Sisi. Seterusnya “Thomih” menyatakan, “Arahan adalah supaya tidak meninggalkan satu orang pun hidup, diletupkan di bahagian luar masjid dan dilepaskan tembakan ke atas setiap orang yang berada di dalam masjid dan juga yang berada di dataran luar masjid selama 80 minit. Peranan Pejabat As-Sisi dalam operasi ini adalah mengosongkan pusat kawalan keselamatan yang berhampiran dengan tapak insiden. Ini sempurna dilaksanakan satu hari sebelum peristiwa itu berlaku dan senjata-senjatanya nya dirampas. “Thomih” menegaskan, batalion yang sama menjalankan operasi Arish dan juga operasi Oasis serta terlibat dalam beberapa pembunuhan beramai-ramai yang lain. “Thomih” mengakhiri catatannya dengan berkata: “Perancangan – perancangan ini telah dipersiapkan lebih awal dan diputuskan untuk mengosongkan bandar-bandar di Semenanjung Sinai dan mengusir penduduk-penduduknya demi untuk melaksanakan “Perjanjian Terhebat Kurun ini”.

Ramai para aktivis dan penganalisis melihat bahawa pengeboman Masjid Raudhah di Al-Arish Utara Sinai ini sebaga insiden keganasan yang bertujuan untuk menggantikan rakyat Sinai dengan dakwaan untuk melindungi kehidupan mereka daripada keganasan, dan kemudian menempatkan rakyat Palestin di Sinai untuk melaksanakan “Perjanjian Terhebat Kurun Ini”.

Imam Masjid Raudhah di Sinai, Muhammad Rizieq mengulas tentang serangan keganasan tersebut dan menyampaikannya dalam satu temu bual dengan media berkata, serangan itu bermula dengan peletupan bom di luar masjid kemudian lelaki-lelaki bersenjata memasuki ruang dalam masjid dan mula melepaskan tembakan rambang kepada jemaah yang sedang solat sehingga orang ramai melarikan diri. “Letupan seterusnya berlaku dua minit selepas saya menaiki mimbar dan saya melihat orang ramai bersesak-sesak manakala mereka yang bersenjata terus menembak pada setiap orang yang masih bernafas. ”

Laporan-laporan keselamatan sebelum ini menjelaskan peranan Mohammed Dahlan dalam jenayah-jenayah yang berlaku sebelum di Sinai. Sebelumnya Peguam Mesir Mustafa Alwan pernah memfailkan aduan kepada Peguam Negara terhadap bekas pemimpin Pergerakan Fatah Mohammed Dahlan. Dalam aduan tersebut Alwan menuduh Mohammed Dahlam diserahkan peta tempat-tempat pos keselamatan Mesir ditempat berlakunya serangan di Rafah oleh Mossad Israel. Dalam laporan yang memakai nombor 2177 peguam itu berkata, beliau telah memfailkan aduan bahawa terdapat sebuah organisasi yang diketuai oleh Mohammed Dahlan dan tunduk di bawah arahan Mossad Israel untuk menjaga aspek keselamatan dalam “perjanjian terhebat abad ini” yang menuntut pengusiran penduduk Sinai. Berdasarkan dokumen yang dikemukakan kepada Pendakwa raya menyatakan bahawa Dahlan telah menghantar peta terperinci menunjuk tempat-tempat yang terdapat berek tentera di Rafah kepada Mossad Israel, termasuk tempat yang disasarkan dan dalam peristiwa itu melibatkan kematian 16 orang tentera Mesir pada tahun 2012.

Akhbar Yeni Safak Turki mendedahkan bahawa “Mohammed Dahlan telah menubuhkan kem latihan di Sinai untuk melatih 8,000 militannya dengan sokongan daripada UAE.

Laporan yang diterbitkan oleh akhbar Yeni Safak Turki, berkata bahawa latihan militan yang siap untuk apa-apa operasi yang UAE memiliki kepentingan dan sebahagian operasi ini dilaksanakan tanpa pengetahuan pihak berkuasa Mesir. Dahlan memberitahu seorang wartawan yang menemuinya di Dubai bahawa dia tidak mengambil kisah tentang pentadbiran Mesir dan dia tahu bagaimana untuk menggunakan kelebihan hubungan Mesir,UAE dan Saudi untuk mencapai wawasan keselamatan yang mententeramkan Israel sertab mencapai kestabilan menurut pandangan Dahlan.

Anasir militan yang mengikuti Mohammed Dahlan ini mengguna pakai pendekatan Daesh dalam penyebaran ke dalam lebih daripada satu kumpulan berasingan, pembunuhan, pengeboman dan kejutan-kejutan seperti pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Sinai baru-baru ini. Ia dilakukan di masjid terhadap orang ramai yang sedang solat dan mereka tidak peduli apa-apa berkenaan agama atau akidah.
Menurut perancangan tersebut, kedua-dua Saluran Media Arab Sky News (disiarkan dari Dubai), dan Saluran Media Al-Ghad (anak syarikat Dahlan), akan memberikan sokongan media untuk operasi-operasi yang sudah dirancang itu. Ini yang sudah terlaksana dalam operasi di Sinai. Arab Sky News, telah menjadi penyiar pertama yang menyiarkan berita serangan itu.

Menurut Qaraghol Ketua editor Yeni Safak, mereka akan tenggelamkan rantau ini dengan operasi-operasi keganasan, dan menurutnya lagi : ” Sebenarnya kita sedang berbicara tentang satu peristiwa yang sangat serius, iaitu Dahlan dan Abu Dhabi tidak cukup dengan menghantar kumpulan-kumpulan penjenayah dari organisasi Daesh ke rantau ini, tetapi mereka membentuk kem-kem latihan pengganas untuk mensasarkan serangan-serangan ke negara- negara di rantau ini.

Sekali lagi Otaiba

Surat-surat bocor dari e-mel duta UAE ke Washington «Yousef Otaiba», mendedahkan terdapat penyelarasan antara UAE dan institusi-institusi yang setia kepada Israel. Berkaitan peristiwa serangan di Sinai dan “Perjanjian Terhebat Abad ini” ia hadir begitu kuat di dalam pertemuan-pertemuan antara Dahlan, UAE dan Mossad.

Surat-surat bocor tersebut mendedahkan hubungan Mohammed Dahlan, Otaiba dan John Hannah (penasihat kanan Institut Pertahanan Demokrasi, sebuah institusi yang dimiliki oleh neo-konservatif, dan dibiayai rapat oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu). Salah satu surat menunjukkan yang John Hannah meminta Otaiba menyelaraskan satu pertemuan dengan Dahlan. John Hannah pernah menjadi kerajaan UAE selama tujuh tahun. Laporan-laporan menunjukkan sumbangan John Hannah kepada dasar –dasar UAE dibuat di Washington.

(Sumber: As-Sharq )

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *