Komentar Hariri apa yang berlaku di Saudi

Komentar Hariri apa yang berlaku di Saudi

Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri pada hari Isnin telah mengumumkan keengganannya mendedahkan situasi peletakan jawatannya dari negara Arab Saudi dan peristiwa-peristiwa berikutnya sehingga beliau kembali ke Lubnan dan kemudian menarik balik peletakan jawatan tersebut.

Pada 4 November 2017 Hariri mengumumkan peletakan jawatannya dari Ibu kota Riyadh .

“Saya ingin kekal sebagai perdana menteri,” kata Hariri dalam satu temu bual dengan televisyen Perancis Cnews. “Apa yang berlaku di Arab Saudi saya simpan untuk diri saya sendiri.”
 
Kemudian Hariri meletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri daripada kerajaan yang melibatkan kumpulan “Hizbullah” (pro-Iran) yang merancang untuk membunuhnya, dan “usaha Iran untuk merampas Lebanon dan memaksakan kekuasaannya selepas memperkukuhkan kedudukan Hezbollah untuk menguasai kerajaan dengan paksaan senjata,” kata beliau .
 
Hariri meneruskan dalam temu bual itu: “Hizbullah campur tangan di semua negara Arab, saya yang menulis kenyataan perletakan jawatan itu dan saya mahu membawa kejutan positif menerusi peristiwa tersebut.”
 
“Saya akan meletakkan jawatan jika Hezbollah tidak menerima perubahan status quo sekarang.”
 
Beliau menegaskan bahawa “keseimbangan kerajaan boleh berubah berdasarkan konsultasi yang akan datang, dan bersedia untuk pilihan raya awal.” Katanya : “Iran adalah punca campurtangan Hezbollah di rantau ini.”
 
Arab Saudi dan negara-negara Arab lain menuduh Iran campur tangan di beberapa negara Arab, melalui kumpulan yang setia kepadanya sedang Teheran menafikannya.
 
Hariri berkata bahawa “Presiden Perancis Emmanuel Macaron (yang bertemu dengannya di Paris pada 18 November) akan melawat Lubnan pada Mac tahun depan.”
 
Pada Rabu lalu Hariri berkata: “Kami adalah elemen dalam dunia Arab yang mesti dipelihara, dan hari ini (datang) peranan mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Arab, dan persepakatan “menjarak diri” adalah persepakatan asasi yang mesti diberikan penekanan dan dipastikan perlaksanaannya.”
 
Persepakatan “menjarak diri” adalah satu dasar yang diterima pakai oleh Forum dialog kuasa-kuasa politik Lubnan pada tahun 2012, selepas tercetusnya perang di negara jiran Syria, pada tahun 2011, yang bermaksud peneutralan Lebanon untuk semua konflik serantau.

Tetapi istilah “-menjarak diri” tidak muncul dalam satu kenyataan kementerian, yang mana kerajaan Hariri memenangi keyakinan Parlimen pada dasar tersebut pada bulan Disember 2016, di mana beliau menggunakan frasa lain dalam satu kenyataan untuk bercakap mengenai kepentingan kebebasan dasar luar negara.

Sumber: Arabi21

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *