Kemahiran Murabbi

SILSILAH KEMAHIRAN MURABBI

Segala puji hanya untuk Allah…
Tatkala seseorang membawa keinginan yang benar untuk mempengaruhi orang-orang disekelilingnya, itu tidak bermakna dia pasti akan dapat merealisasikan pengaruh tersebut… Itu hanyalah satu langkah pertama untuk menebarkan pengaruh..!

Keinginan dan semangat itu tidak lain selain kekuatan yang mendorong untuk menggerakkan gerabak. Datang pula kemahiran-kemahiran untuk menghalakan gerabak ini menuju arah dan objektif yang dikehendaki oleh pemandunya. Antara yang memberi kesan (kadangkala tersangat negatif)kepada pentarbiyahan kita terhadap orang lain ialah kita melaksanakan tarbiyah secara ikut tabiat dan kebiasaan bukan ikut ilmu dan kemahiran. Bahkan bertambah buruk lagi apabila ada orang berfikir bahawa meletakan kaedah-kaedah di dalam tarbiyah adalah merumitkan proses tarbiyah serta menghilangkan kemurniaan, kesenangan dan kespontanannya. Boleh jadi mereka mengambil dalil dari proses yang dilakukan oleh datuk nenek mereka secara spontan. Zaman mereka terlepas dari perbezaan persekitaran, tuntutan-tuntutan yang rumit bahkan kadangkala sesetengah kesan negatif kepada tarbiyah secara spontan itu mewarnai kehidupan mutarabbi hasil dari persekitaran Murabbi bukan dari yang sepatutnya. Maka mutarabbi berubah dari satu warna kepada warna yang lain. Bahkan uslub-uslub Tarbiyah yang digunapakai oleh Murabbi berubah dalam banyak keadaan dalam bentuk yang berlawanan.

Skil-skil ini datang untuk memindahkan isyarat-isyarat tarbiyah, agar dapat dikemukakan mekanisme, pandangan serta idea-idea untuk meningkatkan kemahiran Murabbi, sebaiknya dimiliki untuk membantu Murabbi (setelah bantuan Allah) mencapai matlamatnya.

Apa yang merangsang saya menyiarkan skil-skil ini ialah kerana skil-skil ini telah dibentangkan kepada sekumpulan pakar-pakar, lalu mereka mengakui dan memberikan dokongan dengan penambaikan beberapa point yang diteliti.

Terima kasih kepada kumpulan pakar –pakar ini dan semoga Allah memberikan ganjaran yang baik-baiknya untuk mereka.

والله ولي التوفيق

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *