Erdogan: Kami Tidak Akan Membiarkan Al-Quds Di Bawah Belas Kasihan Sebuah Negara “Pengganas” Yang Membunuh Kanak-Kanak

Erdogan: Kami Tidak Akan Membiarkan Al-Quds Di Bawah Belas Kasihan Sebuah Negara “Pengganas” Yang Membunuh Kanak-Kanak

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata pada Ahad 10 Dis / Disember 2017 bahawa “Al-Quds adalah cahaya mata kita, dan kita tidak boleh membiarkan Al-Quds kepada belas kasihan sebuah negara yang membunuh kanak-kanak. Kami tidak akan membiarkan nasib kesudahan Al-Quds di hadapan sebuah negara yang tidak mempunyai sebarang nilai selain menjajah dan merompak. Kita akan meneruskan perjuangan kita dalam kerangka undang-undang dan nilai-nilai demokrasi “.

Erdogan membuat kenyataan dalam satu ucapan pada persidangan cawangan Partai Keadilan dan Pembangunan (AKP) di negeri Sivas yang terletak di tengah-tengah negara Turki .

Erdogan berkata perisytiharan Presiden AS Donald Trump mengenai Jerusalem sebagai ibu kota Israel adalah “tidak efektif”. “Pengiktirafan kamu Baitulmuqaddis sebagai ibukota Israel dan perpindahan kedutaan Amerika ke Jurusalem adalah tidak bernilai apa-apa kepada kami,” katanya.

Erdogan menambah bahawa “negaranya akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam Rabu depan, untuk membincangkan akibat keputusan Trump berkaitan Al-Quds.”

Beliau menambah: “Dengan kesepakatan tindakan yang akan ditentukan oleh sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam pada hari Rabu nanti akan menunjukkan kepada dunia bahawa implimentasi keputusan Trump terhadap Al-Quds tidak akan mudah sama sekali.”

Pada hari Rabu lalu (06.12.2017), Trump mengumumkan pengiktirafan rasmi negaranya terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel dan akan memulakan pemindahan kedutaan negaranya ke bandar yang dijajah itu.

Keputusan Trump termasuk bahagian timur Baitulmuqaddis, yang dijajah oleh Israel pada 1967, satu langkah yang tidak didahului oleh mana-mana negera.

Keputusan itu membawa kepada gelombang bantahan besar di pelbagai peringkat, terutamanya oleh negara Arab dan Islam.

Dan tengahari ini dilancarkan demonstrasi besar-besaran di medan “Winnie Cappy” di Istanbul, di bawah slogan “Baitul Maqdis untuk Islam, menolak pengiktirafan “Trump” Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.

Beratus-ratus ribu orang menyertai demonstrasi itu, yang dipanggil oleh lebih daripada 120 organisasi awamm, terutamanya organisasi bantuan kemanusiaan Turki, serta Parti politik “As-Saadah” diasaskan oleh Perdana Menteri Allahyarham Necmettin Erbakan).

Penganjuran demonstrasi perhimpunan popular ini diadakan dalam konteks mencabar keputusan Presiden Amerika Syarikat, dan kota Baitul Maqdis akan kekal sebagai ibu negara Palestin dan tempat perlindungan untuk semua umat Islam, menurut pihak penganjur.

Untuk hari kelima berturut-turut, demonstrasi dan perarakan diteruskan di serata negara Turki, mengecam keputusan Washington untuk mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu kota Israel.

Dalam tempoh empat hari yang lalu, bandar-bandar Turki telah menyaksikan demonstrasi besar-besaran menolak keputusan AS terhadap Baitul Maqdis.

Dan Rabu lalu, Trump mengumumkan pengiktirafan rasmi negaranya terhadap Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel dan akan akan memindahkan kedutaan negaranya dari Tel Aviv ke bandar yang dijajah itu.

Sumber: HuffPost

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WordPress spam blocked by CleanTalk.