DAVID HEARST: TURKI TAHU BILA DAN DIMANA KHASHOGGI DIBUNUH

DAVID HEARST: TURKI TAHU BILA DAN DIMANA KHASHOGGI DIBUNUH

Laman web yang diterbitkan di Britain “Middle-East Eye” telah menyebarkan butiran maklumat  baru pada hari Rabu berkaitan isu wartawan Arab Saudi  Jamal Khashoggi, yang hilang semenjak minggu lepas selepas mengunjungi  konsulat negaranya yang terletak di bandar Turki di Istanbul.

Laman web tersebut telah menyebarkan satu kenyataan  – “diterjemahkan oleh Arabic 21” daripada sumber rasmi Turki yang tidak dijelaskan namanya-  butiran yang sangat mengejutkan.  Menurut kenyataan tersebut, ia adalah  “Operasi Pembunuhan Khashoggi” di ibu pejabat konsulat, katanya: “Kita tahu bila masa Jamal Khashoggi dibunuh,  di  bilik mana beliau dibunuh dan di mana mayat tersebut diletakkan untuk dipotong-potong,” menurut ungkapan kenyataan tersebut.

Menurut laporan yang disediakan oleh wartawan terkenal David Hearst, sumber itu berkata, ia suatu yang luar biasa, apabila diminta kakitangan konsulat Saudi untuk tidak kembali bekerja selepas keluar pejabat untuk makan tengah hari. Dimaklumkan bahawa konsul akan ada dalam mesyuarat tergempar sepanjang hari tersebut.

Menurut sumber-sumber,  bahawa  satu orang telah  menyambut  Khashoggi dan meminta beliau untuk pergi ke bilik konsul, sebelum dua orang datang dan menarik Jamal ke sebuah bilik lain. Kedua-duanya membunuh  Jamal  dan kemudian meletakkan jasad mayat itu disebuah bilik lain untuk dipotong-potong. Sumber tersebut tidak menyebut bagaimana pembunuhan itu dilakukan.

Menurut sumber-sumber itu, bahawa Pasukan Penyiasat  Turki, “telah mengarahkan pemeriksaan di laman rumah Konsul Arab Saudi itu kerana disyaki menanam mayat Khashoggi dilaman rumahnya,” sambil menambah bahawa konsul “komited  berada di rumahnya semenjak tiga hari lalu dan tidak meninggalkannya serta membatalkan semua appointmen beliau.”

Sumber menegaskan bahawa “pihak berkuasa Turki mempunyai video dan gambar sebagai bukti pembunuhan Khashoggi”.  Pada masa yang sama bahawa pihak berkuasa Arab Saudi telah menarik balik persetujuan untuk pemeriksaan konsulat selepas media Turki menyiarkan gambar dan nama-nama apa yang ia katakan sebagai satu pasukan yang disyaki mempunyai kaitan dengan kehilangan Jamal Khashoggi.

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WordPress spam blocked by CleanTalk.