Daily Mail: Tentera Upahan Dominasi Tentera Dan Polis Saudi

Daily Mail: Tentera Upahan Dominasi Tentera Dan Polis Saudi

“Blackwater” menyiksa raja-raja yang ditahan

Jumaat – 1.12.2017 : Menurut dokumen yang diterbitkan oleh akhbar “Daily Mail” British, Arab Saudi telah merekrut beribu-ribu tentera upahan asing di dalam tentera dan polis negaranya; dan paling ramai terlibat adalah elemen dari syarikat keselamatan dan perkhidmatan tentera “Blackwater” yang akhirnya menguasai kedua-dua jabatan keselamatan negara Saudi itu.

Dalam hal ini, “Daily Mail” telah berjaya mendapatkan beberapa dokumen yang mengutuk Arab Saudi, mengenai status puera-putera raja dan ahli-ahli perniagaan yang ditahan dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Menurut sumber, “Daily Mail” ini raja-raja Arab yang ditahan di bawah kempen rasuah, awal November tersebut telah dipukul dengan jenis penyeksaan yang paling teruk dilakukan oleh tentera upahan American Foundation “Blackwater”. Pihak berkuasa Saudi menampung gaji mereka. Sumber akhbar British itu melaporkan bahawa para tahanan dipukul, dikasari dan diseksa, dan ditorture dengan kata-kata yang paling dahsyat dan penuh penghinaan sehingga meruntuhkan moral mereka . ”

Menurut Daily Mail, para tentera upahan ini akan mempunyai bahagian dalam peralatan tentera dan polis di Arab Saudi. Dari sini Kerajaan Arab Saudi akan bertukar menjadi kerajaan tentera upahan yang paling terkenal di dunia, yang terdiri daripada tentera upahan Blackwater.

Blackwater ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Erik Prince, sebuah firma tentera swasta yang dikenali kerana penglibatannya dalam pertumpahan darah dan penglibatan dalam kekejaman di Iraq dan Afghanistan. Menurut sumber yang sama, “Blackwater” menyelia proses penyeksaan dan soal siasat tahanan dengan perintah Putera Mahkota Saudi, walaupun mereka mengenakan bayaran untuk wang yang dari Riyadh. Bagi pihaknya, Erik Prince menafikan terlibat dalam perkara ini, menafikan kehadirannya dalam wilayah Arab Saudi atau Penglibatannya dalam penyeksaan terhadap raja-raja yang dipenjarakan.

Di samping itu, ada kemungkinan Erik Prince tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan penyeksaan para putera. Sayugia diketahui bahawa “Blackwater”, setelah dijual oleh Erik Prince dalam tahun 2011, telah berpindah operasinya ke Abu Dhabi, di mana ia membentuk sel tentera upahanyang kuat dari Colombia dan Afrika Selatan, serta 800 orang adalah pengikut Abu Dhabi.

Akhbar itu melaporkan bahawa pemerintah Arab Saudi tidak mempercayai pasukan keselamatan negaranya. Menurut sumber akhbar “Daily Mail” itu juga, Putera Mahkota menyoal siasat dan berdialog para putera tahanan itu dengan bahasa yang sangat lembut dan beradab. Putera Mahkota tidak meninggalkan tempat itu sehinggalah tentera upahan Amerika itu masuk, mereka menampar, menghina dan menggantung para tahanan kaki ke atas. Mereka disiksa !!

Akhbar itu memetik laporan dari sumber “Fiddaulah”: “Raja-raja Arab Saudi, ahli-ahli perniagaan serta para jutawan yang ditahanan dalam proses rampasan kuasa sejak awal bulan ini, digantung kaki mereka dan dipukul oleh tentera upahan dari Amerika ini”.

Sumber: As-Syarq

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *