China Mengintai Peranan Mediasi antara Israel dan Palestine

China Mengintai Peranan Mediasi antara Israel dan Palestine

Semalam 19 Disember 2017, Israel mendedahkan berita bahawa dua delegasi Israel dan Palestin dijangka tiba di Beijing hujung minggu ini di atas undangan daripada Kementerian Luar China. Undangan ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha China untuk memasuki gelanggang politik di Timur Tengah dan meningkatkan peranan mereka di rantau Arab. Jelas kelihatan bahawa masa itu tidak datang secara kebetulan kerana China sedang cuba meningkatkan peranannya dalam era kemerosotan peranan Amerika Syarikat di rantau ini dan berusaha memainkan peranan dalam usaha untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Pada masa sama China menyatakan bahawa ia menyokong penubuhan sebuah negara Palestine di sempadan 1967.

Dijangkakan Menteri Luar Negeri China Wang Yi dan timbalannya Chen Xidong akan bertemu dengan dua delegasi ke Beijing pada Khamis ini. Pada akhir pertemuan itu, sidang akhbar akan diadakan di mana menteri China akan membentangkan kedudukan negaranya mengenai konflik Israel-Palestin. Menurut kedudukan diumumkan Beijing, pertemuan itu bertujuan untuk menyediakan platform bagi para pendukung perdamaian dari Palestina dan Israel, serta memberikan ide-ide baru untuk mempromosikan proses perdamaian.

Haaretz

Akhbar «Haaretz» Israel berkata semalam bahawa kedua-dua delegasi akan bertemu Menteri Luar China. Ketua delegasi Palestin akan diwakili oleh Nabil Shaath, orang yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal Luar Negara dari Pergerakan Fatah bersama mantan menteri Ahmed Majdalani, dan wakil-wakil daripada Inisiatif Geneva. Manakala delegasi Israel diketuai oleh anggota Knesset Israel dari Parti Buruh, Ahilak Bar.

Presiden China membuat cadangan empat perkara mengenai isu Palestin semasa pertemuannya dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada bulan Julai. Beliau menegaskan sokongan China terhadap penyelesaian dua negara sebagai penyelesaian kepada isu Palestin, serta sokongan China terhadap penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat sepenuhnya berdasarkan sempadan tahun 1967 dengan Quds Timur sebagai ibukotanya.

Dimaklumkan bahawa Inisiatif Geneva, adalah perjanjian tidak rasmi ditandatangani oleh beberapa tokoh Palestin yang dipimpin oleh bekas Menteri Penerangan Palestin Yasser Abed Rabbo, dengan mantan Menteri Keadilan dan Hal Ehwal Luar Negeri Israel, Yossi Beilin di Switzerland pada Januari 2003.

Pada minggu lalu, berdasarkan Pengisytiharan pengiktirafan US terhadap Quds sebagai ibukota penjajah Israel, China telah menjelaskan bahawa ia menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat sepenuhnya berdasarkan sempadan 1967 dan Quds Timur sebagai ibu negaranya. Jurucakap Kementerian Luar Negeri Liu Kang berkata negaranya “menyedari kebimbangan di negara-negara Islam tentang status Quds dan menyeru penyelesaian mengikut resolusi PBB dan konsensus antarabangsa.

Dalam tempoh dua tahun yang lalu, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah memperdalam hubungan kerajaannya dengan China. Pada bulan Mac, Netanyahu bertemu dengan Presiden China sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Beijing untuk menandai hubungan diplomatik selama 25 tahun antara kedua negara. Semasa pertemuan dengan Netanyahu, Presiden Cina menyentuh mengenai konflik Israel-Palestin dan berkata bahawa «kehidupan bersama adalah penting dan penting bagi kedua-dua rakyat Israel dan Rakyat Palestine demi untuk kestabilan di Timur Tengah. Ini akan membawa kepada pembangunan dan kemakmuran, dan ia selaras dengan kepentingan semua pihak, termasuk China dan Israel.

Bulan lalu, kerajaan China melancarkan pusat kebudayaan yang pertama di Tel Aviv, sebagai sebahagian daripada strategi umum Republik China dan menyatakan bahawa budaya Cina perlu disediakan di semua negara di mana ada hubungan diplomatik, ekonomi dan budaya. Pusat itu merupakan pusat kedua, yang diadakan di Timur Tengah selepas pusat yang pertama diadakan di ibu kota Mesir.

Dalam perkembangan lain, Netanyahu mengucapkan terima kasih kepada Presiden AS Donald Trump pada hari Selasa kelmarin di atas “tekad dan kepimpinan dalam mempertahankan kebenaran Israel, dan untuk ketegasan negaranya dalam menolak percubaan untuk menggunakan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai platform penentangan terhadap Israel.” “Pada minggu ini kami akan mengalu-alukan dengan sambutan hangat kedatangan Naib Presiden AS, Mike Pines, yang akan tiba di sini,” katanya. “Dia adalah kawan baik Israel, dia adalah kawan baik Yerusalem.”

Lawati Mike Pines

Lawatan Pines akan bermula pada hari Rabu (20.12.2017) dan akan termasuk lawatan ke Tembok Al-Buraq dan pada keesokan harinya, Khamis, dia akan menerima sambutan rasmi di Pejabat Perdana Menteri. Dia akan menyampaikan ucapan kepada Knesset dan makan malam dengan Netanyahu. Sekiranya Pines berbuat demikian, dia akan menjadi pegawai kanan AS yang pertama melawat Tembok Al-Buraq di Yerusalem yang dijajah dalam satu lawatan yang bukan lawatan peribadi. Dia akan disertai oleh seorang wakil rasmi Israel, pada peringkat menteri, kerana pengiktirafan Amerika Serikat terhadap Yerusalem. Di antara soalan-soalan yang dibangkitkan dalam arena politik di Israel hari ini, adakah perubahan pendirian Amerika terhadap Baitulmuqaddis akan memberi impak kepada politik ? dan adakah perubahan ini memberi impak kepada pembinaan penempatan di Yerusalem yang dijajah?

Sehingga kini, pendirian secara tradisinya ialah pembinaan di kawasan Yahudi Yerusalem Timur harus dibatasi supaya tidak membahayakan “proses damai”.

Dalam perkembangan lain, Speaker Knesset Yuli Edelstein telah pergi berjumpa berpuluh-puluh anggota parlimen di dunia semalam dan mengajak mereka berusaha agar negara-negara mereka mengiktiraf negara Israel dan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.

Sumber: Al-Quds Al-Arabi

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WordPress spam blocked by CleanTalk.