Analisa:  Turki dan Jalur Sutera Moden

Analisa: Turki dan Jalur Sutera Moden

dakwatuna.com – Ankara. Berbagai peristiwa terus berlaku di hadapan dan berhampiran kita. Hal itu membuat apa yang terjadi besok, menjadi tampak lebih mewah. Tapi, berapa banyak pun kita fokus pada momen dan kawasan ini, sesungguhnya di sana ada gelombang yang sangat dalam, yang pengaruhnya akan dirasa oleh dunia dan seisinya.

Beberapa waktu yang lalu, telah berlaku peningkatan yang kembali mengingatkan kita tentang gelombang global tersebut. Peningkatan itu tak lain adalah kehadiran Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, dalam pembukaan jalur kereta api (KA) Baku-Tbilisi-Kars. Oleh kerana jalur KA ini akan sangat berperanan penting dalam menghidupkan kembali Jalur Sutra yang bersejarah itu.
Jalur Sutra merupakan jalur perdagangan satu-satunya yang menghubungkan antara Asia dan Eropah sejak abad ke-2 SM. Jalur ini juga menjadi pembicaraan Marco Polo, penjelajah abad ke-13 M, dalam bukunya yang berjudul ‘The Story of Miracles’.

Dunia berada di ambang sebuah transformasi yang akan mengubah semua perimbangan menjadi terbalik. Dominasi Barat yang telah berlangsung sejak separuh kedua abad 20, akan runtuh. Amerika Syarikat (AS) akan terjerumus dalam gelombang yang disebut ‘globalisasi’. Selain itu, sudah sejak lama AS berbahagi pengaruh dengan negara-negara yang mulai menampakkan diri di forum-forum internasional, seperti Rusia, Cina dan India.

Memasuki separuh kedua abad 21, sudah hampir dipastikan bahawa pembagian pengaruh ini akan berubah menjadi ‘Milan Influence’. Kerana pusat graviti secara perlahan telah bergeser dan Atlantik di Pasifik, khususnya China, sebuah negara yang disebut-sebut memiliki ekonomi terbesar kedua di dunia saat ini. China, tampak mulai mengangkat panji-panji globalisasi dari sekarang. Tampaknya, ini pula yang menjadi visi Presiden Xi Jinping dalam usahanya menghidupkan kembali Jalur Sutra. Jalur dunia itu akan dimulai dari China menuju Eropah melalui Anatolia dan Laut Mediteranian. Projek Mega yang disebut-sebut akan melalui 65 negara itu dijadualkan selesai pada tahun 2049. Ini ertinya, pusat graviti di dunia akan dimulai dari Milan sampai ke Timur tahun 2050 akan datang. Oleh kerana itu projek ini merupakan projek terbesar sepanjang sejarah dunia, yang mencakupi sehingga satu pertiga bumi.

Turki di Jantung Projek

Presiden Erdogan saat ini sedang sibuk memperkuatkan posisi strategik negaranya di jalur tersebut. Hal ini tak lain kerana Jalur KA Baku-Tbilisi-Kars merupakan bahagian terpenting dalam Jalur yang menghubungkan Beijing dengan London itu. Laluan Baku-Tbilisi-Kars akan memendekkan waktu perjalanan barangan dari Beijing ke London dengan hanya 12 hari saja tanpa berhenti. Dianggarkan akan ada minima tiga juta orang setiap tahunnya yang akan menggunakan laluan jalur ini.

Terpenting adalah bahawa Jalur Sutera ini tidak hanya berfungsi sebagai jalur perdagangan Barat dan Timur saja. Bahkan juga akan menjadi sarana akulturasi antar budaya, gagasan dan aspirasi negara-negara yang dilaluinya. Dengan demikian, Jalur yang bersejarah itu telah memainkan peranan besar dalam memperkenalkan budaya Timur ke dunia Barat. Jalur Sutera Modern ini juga akan memainkan peranan yang serupa tetapi dengan perbandingan kecepatan yang jauh lebih baik. Ia juga akan berkontribusi dalam pertukaran arus informasi, teknologi dan budaya, melalui mobiliti jutaan manusia dan barang perdagangan.

Sumber: Turk Press

Sumber: https://www.dakwatuna.com

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *