Adakah Sisi Selamat Dari Jeneral Tentera Selepas Menyingkirkan Para Pesaingnya?

Adakah Sisi Selamat Dari Jeneral Tentera Selepas Menyingkirkan Para Pesaingnya?

Beberapa hari sebelum Ahmed Shafiq mengumumkan pencalonan jangka pendeknya untuk pemilihan presiden, satu mesyuarat telah diadakan di Kaherah untuk memilih siapa yang akan memimpin kempen yang serius untuk menggulingkan Presiden Abdel Fattah al-Sisi.

Pertemuan itu dihadiri oleh beberapa bekas jeneral tentera dan tokoh-tokoh masyarakat sivil, termasuk mantan Ketua Staf Sami Annan. Majdi Hatata, salah seorang pendahulu Annan sebagai ketua staf, dan Usama Askar, bekas komandan militer lapangan, turut hadir, ini menurut sumber-sumber dari Middle East Eye, Britain.
Sumber itu menyatakan mereka yang menghadiri mesyuarat tersebut pada permulaannya adalah untuk menyokong seorang calon dari kalangan masyarakat awam, tetapi mereka tidak dapat bersepakat dengan satu calon tertentu, maka selepas itu mereka bersetuju untuk mendokong Shafiq, manakala Annan mendiamkan diri. Apabila harapan Shafiq untuk mencalonkan diri berkecai ( As-Sisi mengancam Shafiq dan anak perempuannya atas tuduhan rasuah), maka dokongan untuk pencalonan berpindah kepada Annan.

Annan dengan cepat menggerakkan pelbagai lapisan penyokong, termasuk kumpulan politik dan perniagaan yang mengelilingi bekas Presiden Hosni Mubarak dan anaknya, Jamal, serta tokoh-tokoh pembangkang Mesir.

Saraf Sisi juga terganggu disebabkan oleh siri-siri kebocoran berterusan berkenaan rundingan, yang mana bocor disebabkan oleh lawannya di dalam Badan Perisikan Umum Mesir, badan saingan kepada perisikan tentera dan satu-satunya institusi yang cukup kuat untuk mengintip semua telefon bimbit orang yang berada di sekeliling presiden.

Kem Sisi mengandaikan andaian yang tepat bahawa mereka yang kecewa di dalam Badan Perisikan Umum, yang telah melakukan yang terbaik untuk melemahkan Sisi akan menyokong pencalonan Annan.

Keazaman Yang Melulu

Annan memulakan kempennya pada Ahad lalu dengan seluruh alat kelengkapan dan senjatanya, disasarkan peluru berpandunya kepada Presiden Sisi. Mesej-pengikutnya tidak terhad kepada apa yang dikatakannya sahaja, tetapi dari koleksi para pendokong di sekelilingnya.

Salah seorang penasihat terbesar Annan adalah Hisham Geneina, Mantan Ketua Agensi Audit Kebangsaan sebelum ini, yang mendakwa pada 2016 bahawa rasuah negara Mesir bernilai $ 76 bilion, jumlah yang menghampiri bantuan yang diterima oleh Sisi dari tiga negara Teluk sejak rampasan kuasa terhadap Presiden Mohamed Morsi dalam tahun 2013.

Jurucakap rasmi Annan ialah Hazem Hosni, profesor sains politik yang mengkhususkan diri dalam “pemberdayaan politik dan ekonomi.”
Apa yang diperkatakan oleh Annan secara terang-terangan dan cukup mencabar, kerana dia berkata: Dua fail terbesar yang Mesir gagal uruskan adalah air dan tanah: Air merujuk kepada konflik yang semakin meningkat dengan Ethiopia dan Sudan berkaitan Empangan Nahdhah di Ethiopia berhampiran Assosa, yang mengancam bekalan paras air Sungai Nil. Fail tanah merujuk kepada kepada keputusan penuh kontroversi yang sangat meluas dengan memberikan kepulauan Tiran dan Sanafir, terletak di Laut Merah kepada Arab Saudi.

Annan mengajak kepada keterbukaan politik, yang boleh diterjemahkan ke dalam pembebasan puluhan ribu tahanan politik Sisi yang dimasukkan ke dalam penjara.
Annan mengulangi perbualan Shafiq tentang peranan penting angkatan tentera di Mesir, dan mereka harus berundur dari status yang kini mereka ada di dalam politik dan ekonomi Mesir.

Hazem Hosni, jurucakap Annan, berulang kali diminta menafikan bahawa pencalonan Annan adalah dengan dokongan daripada Ikhwanul Muslim. Hazem Hosni tidak menafikan tuduhan dengan terus terang, tetapi beliau berkata: “undi yang diletakkan di dalam kotak undi itu tidak tertulis Ikhwan Muslimin atau tidak. Undi yang diletakkan di dalam peti itu adalah dari rakyat Mesir yang mempunyai hak untuk mengundi… mana-mana rakyat Mesir yang ingin mengundi tanpa mengira kefahamannya hendaklah dia mengundi mengikut pilihannya. . . …”

Hazem Hosni mengulangi dakwaan bahawa kezaliman telah menimpa kebanyakan tahanan berada di Mesir.

Annan memasuki konflik ini dengan mata terbuka, dan Hazem Hosni meramalkan pertempuran ini sebagai pertempuran “mematahkan tulang”, dan kami tidak dapat membayangkan bahawa bahawa Annan akan berlaku sebegini pantas.

Dalam situasi penuh ketegangan, Sisi kemudian berkata bahawa beliau tidak akan membenarkan orang-orang jahat mendekati kerusi presiden. Pada hari Selasa, 23 Januari, Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata menahan Annan atas tuduhan “menghasut”.

Jurucakap rasmi tentera mendakwa Annan telah memalsukan dokumen rasmi yang menyatakan berakhirnya tarikh khidmatnya dalam tentera. Annan akan dibicarakan di hadapan mahkamah tentera kerana melakukan “pelanggaran serius undang-undang secara jelas mewakili pelanggaran serius terhadap peraturan dan peraturan-peraturan perkhidmatan (tentera).”

Mahmoud Refaat, peguam dan jurucakap rasmi kempen presiden Annan untuk akhbar Middle East Eye berkata, beliau percaya hidup Annan berada dalam bahaya.

Tentera Berpecah

Kempen Annan berlangsung selama tiga hari. Tetapi apa sahaja yang berlaku dari sekarang, adalah pertaruhan bahawa Sisi akan menggunakan apa sahaja kuasa yang dia perlukan untuk menghancurkan pembangkang dan memenangi jawatan presiden untuk penggal kedua, peranan Shafiq dan Anan dalam adegan dramatik ini mungkin memberi kesan yang panjang.

Annan dan Shafiq membawa perpecahan dalam Angkatan Tentera Mesir dari layar ke panggung dan dari bayang-bayang ke siang hari.
Angkatan Tentera Mesir merupakan negara dalam negera. Angkatan Tentera Mesir adalah gurita raksasa yang senjatanya meluas di setiap bidang kehidupan ekonomi dan politik Mesir, sekarang terpecah dan terbahagi kepada pembahagian yang jelas. Imbangan kuasa yang menyokong rampasan kuasa tentera pada tahun 2013 sudah berakhir dan Sisi berlari untuk menjadi presiden setahun kemudian.

Sekarang tidak ada yang lain selain Sisi, dengan kuasa-kuasa perisikan mutlak, dan senarai korbannya yang terus berjalan dan kini termasuk mantan jenderal yang hebat di dalam tentera Mesir. Pembangkang asli dari kalangan Islamis dan sekularis di Dataran Tahrir adalah lebih kecil berbanding kekuatan dua jeneral yang digulingkan oleh Sisi ini.

Sisi harus membaca sejarah keluarga-keluarga kelima – kumpulan Mafia yang menjalankan New York – untuk Sisi memahami bahawa apa yang dia lakukan dengan kumpulan pembangkang dalam tentera Mesir bukanlah resipi untuk kehidupan yang panjang, selamat, walaupun selepas bersara.

Aset sederhana

Kita balik semula beberapa tahun ke belakang untuk kita memahami. Pada masa itu, Sisi adalah seorang pegawai tentera, bersemangat untuk memuji atasannya. Selepas rampasan kuasa 2013, Sisi mengadakan perbualan yang panjang dengan wartawan Mesir Yasser Rizk di hadapan pengurus pejabatnya, Abbas Kamel. Rekod dialog telah dibocorkan sejak itu.

Sisi menceritakan dalam dialognya kisah pertemuan pertamanya dengan Don, orang yang paling berkuasa di dalam tentera Mesir, komander tertinggi angkatan tentera Mesir dan ketua majlis tentera, Mohammed Hussein Tantawi.

“Apabila Abbas memperkenalkan saya kepada Tantawi, kata Tantawi: “ini adalah anak saya, beliau sebahagian dari diri saya. Pada malam itu kami berada di Majlis Tertinggi di Istana Presiden,” kata al-Sisi. Tantawi seorang yang tidak banyak bercakap. Maksud saya, beliau terlalu penyeyap. Ketika saya bertemu beliau, beliau berkata kepada saya: “Mari sini. . naik kereta bersama-sama saya.. . saya perlukan awak. Situasi ini tidak penah berlaku sebelumnya. Saya menyahut kepadanya, “Ya, tuan,” dan ketika kami berjalan, saya bertanya kepadanya, “Di mana kita pergi, tuan?” Dia berkata, “kita pergi bersiar-siar”. Ini belum pernah terjadi sebelumnya.”

Wawancara itu mendedahkan peranan Abbas Kamel dalam mengarahkan Sisi, membetulkan jawapannya dan mengarahkan wartawan bagaimana untuk mengadakan dialog.
Sisi ditanya tentang ikon beliau: “Siapa yang mempengaruhi anda sebagai model peranan tentera di dunia atau di Mesir?” Sisi teragak-agak, tetapi Abbas bertindak menjawab bagi pihak Sisi: “Hitler.”

Adakah Sisi bangga dengan Tantawi? Menurut Mustafa Bakri, penyiar televisyen yang akrab dengan Tantawi yang menulis beberapa buku ketenteraan dan buku mengenai Sisi, Sisi adalah pilihan Tantawi. Bakri mendakwa bahawa Tantawi memilih Sisi sebagai anak lelakinya.

Tetapi Bakri menukar versi peristiwanya beberapa kali untuk menyesuaikan mood yang yang sedang berlaku.

Pada masa itu, pembantu kepada Presiden Mohamed Morsi menggambarkan adegan di istana presiden apabila Tantawi, yang ketika itu menteri pertahanan, dipecat selepas serangan ke atas pasukan Mesir di Sinai. Sisi berada di bilik lain, dan apabila waktu pelantikannya datang, kedua-dua tangannya gemetar.
Tantawi Kembali

Satire sarkastik meletakkan Morsi di laman Raja ‘Maker, dan Tantawi berada dalam kedudukan korban yang memalukan, tetapi sekarang kita tahu betapa salah novel ini.

Apa sahaja yang berlaku, Tantawi menyokong pencalonan Sisi untuk jawatan presiden pada tahun 2014, sehingga dia menghalang Annan daripada mencalonkan diri. Kami juga tahu bahawa hubungan antara Tantawi dan Sisi merosot dua tahun kemudian.

Pada bulan November 2016, yang mengejutkan ramai, Tantawi muncul di dataran Tahrir, di mana revolusi Mesir dilahirkan pada tahun 2011, dan mengadakan persidangan akhbar yang dibuat dengan beberapa penyokongnya. Tantawi berkata bahawa para tahanan Ikhwanul Muslimin tidak akan dijatuhkan hukuman mati.

Tantawi kemudian menolak penamaan Annan, dan menegaskan pada masa yang sama bahawa dia (Tantawi) adalah bapa ruhi kepada ketenteraan dan rakyat Mesir, beliau hadir untuk menyelamatkan negara.

Tantawi memberitahu pemberita: “Annan di rumahnya, keselamatan hebat.” Kemudian dia menambah, “Kalian jangan takut.. . . Tuhan tidak membiarkan kalian.” Golongan peminatnya menjawab: “Polis, tentera dan rakyat adalah satu tangan,” “Hidup Mesir ,” dan Jatuhlah pengkhianat.”

Persembahan itu tidak bergema dengan baik di istana presiden, dan Sisi memberikan arahan kepada rangkaian televisyen yang dikendalikan oleh Abbas Kamel untuk meneruskan serangan itu.

Ini dua tahun lalu. Sehingga kini Sisi telah mengendalikan tiga gerakan dalaman dalam tentera ketika dia menteri pertahanan. Nasser al-Asi dipecat dari kepimpinan tentera kedua, dan Askar dipecat dari kepimpinan Tentera Ketiga.

Menteri Pertahanan yang terkini Sidqi Sobhi masih dalam jawatan, status beliau dijamin oleh perlembagaan untuk memastikan bahawa Sisi tidak akan dikeluarkan dari pejabat semasa dia bertanggungjawab. Sisi perlu mengubah perlembagaan sekali lagi untuk menghilangkan Sobhi.

Tetapi menurut sumber yang bercakap kepada Middle East Eye, kali ini Tantawi menyokong Annan selepas dahulunya dia melarang pencalonan Annan.
Soalan-soalan yang paling penting yang kita tanya sekarang ialah: Adakah Sisi telah menyediakan jeneral tentera yang cukup untuk memberikan kesetiaan kepadanya tanpa syaratnya? Kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera yang mengutuk Annan telah memberikan kesan ini secara zahirnya.

Apa yang tersisa daripada pengaruh penguasaan Tantawi? Atau adakah ia masih berbaring di latar belakang seperti raksasa yang terluka yang mewakili bahaya yang serius?

Sumber: Middle East Eye : Catatan David Hearst

Next Post:
Previous Post:
This article was written by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *